suria

Dalam diam rupanya Farali Khan sudah bercerai, bekas suami reda terima takdir... “Dua bulan saya menangis”

BEKAS suami kepada aktres Farali Khan iaitu Qireen Din mengesahkan mereka telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Oktober lalu.

Qireen atau nama sebenarnya Muhammad As’syaqireen Hasnoddin, 33, berkata dia memilih untuk merahsiakan perkara itu sebelum ini kerana menganggap perceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikongsikan kepada umum.

“Ini takdir yang Allah berikan dalam kehidupan saya. Kami kena kuat sebab masing-masing juga perlu bahagia demi mahu besarkan anak.

“Cerai ini bukanlah satu benda yang mudah dan suka didengar oleh semua orang. Ia sangat luka (bagi saya) dan ambil masa lama untuk ‘move on’ sebab ia benda baru bagi saya.

“Saya menangis selama dua bulan setiap malam disebabkan perceraian ini,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Qireen dan Farali berkahwin pada 1 September 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi