suria

Astro dah nasihat Nabil isu lawak keterlaluan, ambil kira teguran penonton GV

 ASTRO menafikan dakwaan kononnya jenaka dilakukan pengacara Nabil Ahmad terhadap penyanyi Azmi Saat merupakan salah satu gimik untuk menaikkan nama rancangan Gegar Vaganza (GV).

Menurut Pengurus Saluran Astori Ria & Prima, Idlan Zahari, pihaknya sama sekali tidak pernah terfikir akan melakukan perkara itu sebaliknya hanya fokus untuk memberikan yang terbaik buat penonton.

“Kami ambil semua maklum balas untuk perbaiki kandungan kami terutama sekali apabila melibatkan isu sensitif. Kami akan cuba pastikan supaya ia tidak berulang lagi.

“Tidak, saya tidak rasa yang Gegar Vaganza gunakan cara itu (lawak tanpa sensitiviti) untuk naikkan nama GV. Fokus kami hanyalah untuk berikan yang terbaik,” katanya kepada mStar.

Idlan menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu keempat Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium Shah Alam, Selangor pada Ahad.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi