suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elaine Kang tak sangka bertahan sampai minggu keempat, kesihatan kurang baik untuk terus bersaing di GV

PENYANYI Datuk Elaine Kang menunjukkan ketabahan luar biasa apabila berjaya bertahan sehingga minggu keempat Gegar Vaganza meskipun berdepan masalah kesihatan.

Elaine, 60, yang pada awalnya hanya merancang untuk berada di program itu selama seminggu mengakui tidak menyangka mampu bertahan lebih lama daripada jangkaan.

“Sebenarnya saya nak buat satu minggu sahaja, tapi saya dapat masuk empat minggu. Saya memang sudah buat yang terbaik untuk menyanyi walaupun kesihatan tak bagus.

“Doktor pun minta saya berhenti sebab memang tak boleh lagi menyanyi. Sebenarnya kalau saya tak tersingkir, saya akan tarik diri sebab kesihatan memang tidak bagi peluang lagi,” katanya kepada mStar.

Elaine memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas persembahan di Gegar Vaganza di Auditorium Shah Alam pada Ahad.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi