suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Allah masih kurniakan saya suara” - Liza Hanim ‘sekolahkan’ netizen, tak terfikir berhenti menyanyi

PENYANYI Liza Hanim mengakui komen kasar netizen yang memintanya ‘give up’ dalam karier nyanyian memberi kesan terhadap emosinya.

Menjawab kritikan netizen itu, Liza, 46, berkata dia masih belum terfikir untuk bersara daripada industri muzik kerana masih mempunyai peminat yang sentiasa menantikan karyanya.

“Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba saya terlayan pula komen itu. Sebenarnya tergamam juga selepas baca dan buatkan saya terfikir yang saya ini tiada ‘value’ ke?

“Itu adalah sifat toksik dalam industri kita. Kalau tiada benda baik nak cakap, lebih baik diam sahaja. Tapi, saya tidak hirau sangat sebab masih ada peminat yang nak dengar saya menyanyi.

“Saya juga tidak akan berhenti dalam masa terdekat sebab Allah bagi rezeki suara untuk saya menyanyi. Maaf ya kepada yang komen minta saya berhenti itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi