suria

Nubhan tak layan gosip foto didakwa bersama skandal, fokus persembahan GV

PENYANYI Nubhan memilih untuk tidak memanjangkan isu rumah tangganya dan enggan memberikan sebarang respons mengenai fotonya bersama seorang wanita yang tersebar di media sosial.

Jelas Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, ketika ini fokus utamanya hanyalah untuk mahu memberikan persembahan yang terbaik di pentas Gegar Vaganza (GV).

“Saya rasa sekarang ini fokus saya 100 peratus kepada GV sahaja. Saya sudah tidak mahu komen mengenai isu itu lagi.

“Walau apapun terjadi, saya kena fokus kepada GV sebab ini adalah tanggungjawab saya sekarang,” katanya kepada mStar.

Nubhan menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu keempat Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium Shah Alam, Selangor pada Ahad.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi