PENYANYI dan juga peserta Gegar Vaganza (GV), Shy8 menjelaskan punca sebenar nyanyiannya kedengaran pelik sehingga mengundang kritikan penonton.
Jelas Shy8 atau nama sebenarnya Usop Wilcha, 60, masalah itu berpunca daripada kecederaan pada bahagian dalam mulut apabila lidahnya luka akibat terkena gigi yang patah sebelum pertandingan bermula.
“Sebenarnya mulut saya luka, sebab sebelum mula GV, gigi saya patah menyebabkan ada bahagian yang tajam. Jadi apabila dia berlaga dengan lidah, ia menjadi luka.
“Tapi sekarang makin baik sebab sudah pergi ke klinik untuk minta ratakan kembali gigi saya. Tapi penyingkiran ini saya tidak salahkan sesiapa, sebab memang salah saya sendiri,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































