suria

Ara Johari dijodohkan dengan Ervan Rizuan, peminat restu nampak serasi dan sepadan

KEAKRABAN hubungan persahabatan Ara Johari dengan perseonaliti media sosial, Ervan Rizuan menarik perhatian peminat sehingga ada yang meminta mereka dijodohkan bersama.

Menjawab mengenai perkara itu, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 28, berkata dia dan Ervan tiada hubungan istimewa dan sekadar kawan biasa.

“Kami memang rapat disebabkan kita di bawah satu bumbung kan kita bersama team Yaya Empire. Jadi kami rapat dan dia seorang kawan yang baik.

“Ervan ni sejenis dia tak banyak cakap sebenarnya sebab dalam live memang nampak dia kecoh. Tapi depan-depan dia diam saja. Jadi Ara suka dia punya perangai tu. Apa benda yang keluar daripada mulut dia tu semua positif.

 “Itulah lepas tu adalah orang jodohkan cuma doakan yang terbaik aje sebab Ara dah lama kenal dia sejak 2017 jadi sekarang bila kita dah bekerja sekali selalu jumpa,”katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ara baru saja melancarkan single terbaharunya berjudul Terlalu Bodoh yang kini boleh didengari di semua platform penstriman.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi