suria

[V] Erra, Ezwan nikah 12 Disember ini

PENYANYI dan pelakon Erra Fazira mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Ezwan Zain pada 12 Disember ini.

Erra atau Fazira Wan Chek, 51, tidak dapat menahan sebak serta mengalirkan air mata ketika memaklumkan berita gembira itu. 

“Berkat doa semua dengan izin Allah, Insya-Allah sekiranya tiada aral melintang, saya akan mendirikan rumah tangga pada 12 Disember ini

Erra mengalirkan air mata ketika mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Ezwan. 

“Ini tangisan gembira, bukan sedih. Saya menjemput semua untuk mendoakan kebaikan buat hari bahagia saya,” katanya. 

Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Cinta Abadi 2025 yang diadakan di Hotel Marriot, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Semalam mStar melaporkan pasangan ini dikhabarkan bakal disatukan pada minggu depan selepas hampir setahun mengenali hati budi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira, Mr. E bakal kahwin minggu depan?

ARTIKEL BERKAITAN: “Belum ada tarikh” - Erra Fazira

Menurut sumber, pasangan itu kini sedang giat melakukan persiapan selain sudah menghubungi keluarga dan kenalan rapat ke majlis hari bahagia mereka. 

Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu apabila Erra memuat naik ucapan berbaur romantis kepada Ezwan pada Januari lalu.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014.

Erra memohon orang ramai mendoakan agar majlis pernikahannya berjalan lancar. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Erra bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia