PELAKON Edika Yusof mengakui kehidupannya menjadi tidak seimbang selepas bercerai dengan isteri iaitu Nor Hidayah Yusri pada 5 Mei lalu.
Edika, 58, berkata fasa perpisahan itu membuka ruang untuk mereka berbincang semula secara matang sebelum memilih untuk kembali bersama bagi memperbaiki kesilapan lalu.
“Dalam rumah tangga ini dua-dua ada salahnya, tiada siapa yang sempurna. Jadi, berbincanglah baik-baik.
“Saya pun selalu ingatkan isteri saya untuk sentiasa bekerjasama, setiap perkara buat sama-sama. Saya akui yang selepas berpisah, memang hidup tidak seimbang (huru-hara).
“Jadinya, kami berdua berbincang, ‘slow talk’ dan kemudiannya bagi peluang iaitu kembali rujuk,” katanya ketika ditemui mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































