suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima anugerah sebaris nama besar, Bella Astillah tak kecil hati dipertikai... Anggap rezeki anak-anak

PENYANYI Bella Astillah tidak berkecil hati apabila ada pihak mempersoalkan kelayakannya menerima anugerah Top 50 Women Of Excellence Awards setanding dengan Tan Sri Michelle Yeoh dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Jelas Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, dia memandang perkara itu daripada sudut positif dan peluang untuk dia memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Alhamdulillah, itu rezeki bagi tahun 2025 dan buatkan saya bersemangat untuk terus gerak ke hadapan. Tapi, tidak semua suka dan tidak mengapa. Semua ada hak amsing-masing.

“Yang kecam itu, saya anggap ia sebagai semangat untuk buat yang lebih baik dan saya anggap mereka itu ambil berat tentang saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi