suria

“Cepat atau lambat itu rezeki”... Fattah Amin dan Amira Othman ulas isu sedang hamil

PENYANYI Amira Othman memberitahu dia tidak terasa hati meskipun ada pihak bertanyakan soalan sensitif kepadanya terutama berkaitan zuriat.

Mengulas perkara itu, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, berkata buat masa ini dia lebih selesa merahsiakan terlebih dahulu mengenai soal rezeki anak.

“Sebenarnya macam adat la sebab sebelum kahwin orang akan tanya soal jodoh, tapi selepas kahwin orang akan tanya bila nak ada anak pula nanti.

“Untuk mengaku hamil atau tidak itu mungkin bila sudah sampai masa yang sesuai akan kami kongsikan berita ini kepada peminat semua.

“Saya tidak menolak sekiranya diberikan rezeki anak awal sebab jika Allah nak aturkan berapa bilangan anak atau waktu yang terbaik itulah kami terima ,” katanya kepada mStar.

Amira memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa program Amber Allstar Picklebash pada Khamis. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi