suria

Dwan Olan masuk hospital akibat penyakit kulit, badan gatal-gatal sampai luka dan bernanah

ISTERI kepada penyanyi Dwan Olan iaitu Zarina Anuar memberitahu suaminya kini berdepan masalah penyakit kulit di seluruh badan.

Menurut Zarina, 53, keadaan menjadi semakin parah selepas sejak seminggu lalu sehingga menyebabkan kulit menjadi luka dan bernanah.

“Penyakit lain tiada malah strok dulu pun sudah stabil cumanya sekarang ini secara tiba-tiba badan suami jadi gatal-gatal kemudian ada tumbuh macam gelembung air nanah.

“Abang Dwan mula rasa gatal-gatal tu pada minggu lepas dan sebenarnya sudah bawa pergi hospital tapi doktor belum benarkan untuk abang ditahan, semalam baru doktor benarkan sebab lihat keadaan abang yang makin teruk ni.

“Sekarang ni doktor pun belum kenal pasti apa punca penyakit abang ni, petang nanti doktor akan ambil darah untuk buat kajian sebelum tahu apakah sebenarnya masalah abang Dwan ni,”katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Dwan terpaksa ditahan di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan mengenai penyakit yang dihidapinya itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi