NAMA semakin meningkat naik, penyanyi baharu El Riss menyimpan hasrat untuk membantu keluarga di kampung.
Kata Ris atau nama sebenarnya Adam Haris Abdul Razak, 20, jika sebelum ini dia kerap meminta wang daripada ibunya kerana pendapatannya tidak mencukupi, kini situasi tersebut berubah apabila dia yang memberikan duit belanja untuk meringannya beban keluarga.
“Kalau dulu, walaupun saya kerja tetapi tetap minta duit dekat ibu sebab gaji tidak mencukupi. Tapi sekarang ini, saya kerja atau tidak, tetap akan bagi duit dekat dia.
“Ibu pun banyak tanggungannya dekat kampung. Dia seorang yang suka kucing, jadi perlukan duit untuk makanan dan pasir kucing. Jadi, saya bagilah dia duit bulanan,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, El Riss baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Pelangi.
Video muzik single keduanya ini boleh didengar dan ditonton di semua platform digital sejak 28 November lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































