suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk Red menangis jejak Tanah Suci, pertama kali terbang ke luar negara sejak muflis

USAHAWAN Datuk Red menepis dakwaan kononnya dia mengabaikan hutang lama dan menggunakan wang tersebut untuk menunaikan ibadah umrah.

Jelas Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 47, segala persiapan ke Tanah Suci itu adalah hasil tajaan dan dia hanya mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk keperluan peribadi sepanjang berada di sana.

“Ada yang komen, pergi umrah boleh, tetapi tidak mahu selesaikan hutang. Saya sebenarnya memang tidak jangka dapat jejakkan kaki ke rumah Allah.

“Untuk makluman, itu semua ditaja. Saya hanya bawa duit makan sahaja. Saya harap semua dapatlah bersabar dan beri peluang kepada saya untuk mencari duit selesaikan hutang,” katanya kepada mStar.

Datuk Red memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Meet & Greet Jakel di Jakel Shah Alam sempena Jakel Crazy Sale Terpaling Murah! sehingga 14 Disember depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi