suria

Karya lama kembali tular, Que Haidar bersyukur masih diingati peminat

Lakonan lama Que (kiri) kembali tular di media sosial.

KEMUNCULAN semula pelakon Que Haidar dalam industri hiburan nyata memberi impak tersendiri apabila karya-karya lakonannya kembali tular di media sosial. 

Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, meluahkan rasa syukur dan gembira apabila masih ada pihak yang mengingati hasil kerjanya dalam bidang lakonan.

"Saya gembira apabila ada orang ingat kerja-kerja saya. Maksudnya, orang masih ingat.

Que mengakui terkejut dengan perhatian yang diterima.

"Terbaru saya nampak orang kongsi semula drama Cinta Untuk Ain dan macam-macam lagi. Mana yang tak tahu saya berlakon cerita itu mereka boleh tengok semula.

"Saya rasa ia adalah satu perkara yang baik. Kalau saya ambil ia sebagai negatif, akan jadi negatif dan kalau dianggap positif, maka akan jadi positif. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Que mengakui pada awalnya dia agak terkejut dengan perhatian yang diterima selepas kembali aktif dalam industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral, Que Haidar belum sempat berehat... 4 bulan tak balik rumah di kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya hati Que Haidar.... Tak marah gambar digunakan tanpa kebenaran, siap bantu promosi

Namun, dia kini masih mencuba menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.

"Mula-mula saya rasa macam tidak percaya tetapi lama-kelamaan saya cuba untuk membiasakan diri dengan perhatian yang diberikan.

"Kalau ada yang tak suka itu mereka punya platform dan hak. Susah nak buat orang suka dengan kita, jadi mana yang negatif saya cuba untuk tidak mengendahkan sangat kerana mahu jaga perasaan," ujarnya.

Que bersyukur masih diterima peminat.

Sebelum ini, nama Que kembali menjadi sebutan ramai apabila aktor berkenaan muncul dengan trend ‘Jamilah’ di platform TikTok.

Lebih mencuri perhatian apabila Que dilihat akrab dengan pelakon Nur Fazura ketika bekerjasama sebagai duta bagi sebuah jenama pakaian tempatan.

Susulan itu, netizen turut berkongsi semula beberapa klip lakonan lama Que di media sosial sehingga kembali mendapat perhatian ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain