PELAKON Azhan Rani berkongsi pengalaman berdepan sikap segelintir rakan artis yang tidak menepati masa ketika menjalani penggambaran.Menerusi satu perkongsian di media sosial, Azhan berkata dia pernah terpaksa menunggu lama di lokasi kerana kelewatan pelakon berkenaan. Menurutnya, individu tersebut juga seolah-olah tidak berasa bersalah walaupun menyedari kesilapan yang dilakukan.Perkongsian Azhan di Threads. “Aku sendiri pernah tunggu artis dari pagi sampai petang dekat lokasi penggambaran.“Dengan tanpa rasa bersalah dan ceria dengan yakinnya bila dia sampai,” tulisnya di laman Instagram.Meskipun tidak menyebut nama, Azhan menyifatkan individu tersebut sebagai artis yang ‘belum dikenali’.ARTIKEL BERKAITAN: Sindiran Azhan Rani bikin netizen terhibur… Tergamak gayakan pakaian hospital persis wanita kontroversi pakai baju tanpa kain semasa senamrobik ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pempengaruh ‘mabuk spotlight’, Azhan Rani nasihat graduan jangan melatahAzhan berkongsi perkara itu bersama tangkap layar laporan mengenai seorang menteri dari Jepun yang memohon maaf kerana lewat menghadiri mesyuarat.Menerusi hantaran tersebut, dia turut membuat perbandingan antara sikap masyarakat tempatan dan rakyat Jepun berkaitan budaya menepati masa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube