TAMPIL dengan lagu raya berjudul Huru Hara Raya, gandingan penyanyi Mohd Mentor dan Zwen Superchild disifatkan sebagai hadiah istimewa buat peminat yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada mereka.Menurut Mohd atau Mohamad Izwan Mohamad Nor, 37, lagu tersebut menjadi lebih bermakna apabila proses rakaman dapat direalisasikan hasil sumbangan daripada peminat sendiri. Kata Mohd, idea menghasilkan lagu itu bermula daripada gurauan di media sosial, namun dia tidak menyangka ramai yang masih percaya dengan bakatnya untuk terus berkarya.“Pada awalnya saya hanya bertanya pendapat dan bergurau meminta sumbangan jika mereka masih mahu saya merakamkan lagu baharu.Tak sangka ramai yang menghantar mesej dan memberi sokongan. Zwen (kiri) dan Mohd terharu dengan sokongan peminat. "Malah ada yang transfer RM1 sebagai tanda sokongan. Bermula dari situlah datangnya semula semangat untuk merakam lagu raya ini."Apabila peminat sudah memberi kepercayaan, saya tidak mahu menghampakan harapan mereka. Jadi mahu atau tidak, saya kena siapkan lagu ini," katanya.Mohd kemudian menghubungi Zwen yang juga mempunyai idea sama untuk kembali tampil menghiburkan peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Adakah Jodoh Lebaran lagu terbaik raya 2026? Aisha Retno terima pujian Siti Nurhaliza… “TokTi approved, rakyat Malaysia pun setuju” ARTIKEL BERKAITAN: Lagu raya ‘vibe’ berbeza, Najmi Niery tidak mahu lepaskan kepada penyanyi lain... Gementar pendengar buat perbandinganSecara keseluruhan, Mohd dan Zwen berjaya mengumpul sekitar RM607.50 daripada peminat yang mengikuti mereka di media sosial. Mereka dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur apabila beberapa pihak penaja tampil untuk berkerjasama menampung kos rakaman termasuk pembikinan muzik video. Tanpa berfikir panjang, Zwen yang juga seorang komposer segera mencari idea baharu sebelum memulakan rakaman dalam tempoh singkat."Proses menyiapkan lagu ini sangat cepat. Selepas berbincang dengan Mohd, saya mencari idea untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza."Kalau sebelum ini saya lebih banyak menghasilkan lagu 'jiwang' dan ketuhanan, tapi kali ini kami bawakan unsur komedi. Malah ada yang transfer RM1 sebagai tanda sokonganMOHD MENTOR PENYANYI "Kami juga mendapat kerjasama daripada beberapa personaliti media sosial untuk sama-sama terlibat dalam lagu ini. Mungkin nama kami orang dah lupa, jadi kerjasama ini dapat bantu promosi lagu," ujarnya.Personaliti media sosial yang turut terlibat dalam lagu ini ialah Amir Lala, Syiqin Zaidi, Unoo Yuno, Hakak Karipap dan Ayieb Ismail. Tambah Zwen, lagu raya ini menjadi tanda dia dan Mohd untuk kembali serius merakamkan lagu yang dijangka bakal disiapkan sepanjang tahun ini."Sebelum ini lagu Janjinya Syurga dikenali ramai, namun orang masih kurang mengenali nama Zwen. Jadi dengan adanya lagu raya ini, saya harap lebih ramai sedar akan kehadiran saya dalam industri ini.Gabungan bersama personaliti media sosial menghidupkan kemerian lagu Huru Hara Raya. "Memang saya banyak terlibat dengan kerja di belakang tabir, namun minat dalam nyanyian tidak pernah padam. Sebab itu saya rasa perlu ada lagu baru. "Saya dan Mohd juga sudah merancang untuk terus merakam lagu selepas ini. Kalau boleh, kami mahu terus mencari peluang agar bakat dan karya saya mendapat perhatian ramai," luahnya.Untuk info, lagu Huru Hara Raya dicipta bersama oleh Zwen dan Mohd. Muzik video lagu ini sudah mula ditayangkan di saluran YouTube Havana Hunana Music sejak 6 Mac lalu dan berjaya mencapai jumlah tontonan melebihi 10,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube