suria

Lagu raya ‘vibe’ berbeza, Najmi Niery tidak mahu lepaskan kepada penyanyi lain... Gementar pendengar buat perbandingan

Najmi (kiri) dan Adrianna percaya setiap pendengar ada cita rasa sendiri.

TAMPIL dengan sebuah lagu raya duet berjudul Best Part of Raya, penyanyi Najmi Niery mengharapkan dia dapat memberi satu kelainan kepada pendengar muzik tempatan. 

Meskipun akur dengan lagu-lagu lama yang masih mendapat sambutan, bagi Najmi, 25, suasana atau 'vibe' yang cuba ditonjolkan juga mengikut perkembangan muzik semasa. 

"Tidak dinafikan lagu-lagu raya lama memang dekat di hati. Saya akui susah untuk tembus dan mendapat perhatian pendengar dengan muzik baru. 

Najmi berani tampil dengan 'vibe' lagu raya berbeza. 

"Tetapi sekarang dunia sudah berubah. Apa yang pendengar rasa sekarang mungkin berbeza dengan sebelum ini. Saya cuba untuk sesuaikan dengan situasi semasa. 

"Mungkin lagu ini juga akan kembali mendapat sambutan buat pendengar-pendengar di masa akan datang," katanya kepada mStar. 

Najmi ditemui bersama rakan duetnya, Adrianna Cinta pada majlis pelancaran lagu tersebut yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada petang Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Najmi Niery popular di Indonesia, peminat beri gelaran ‘Afgan Malaysia’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap post video sampaikan ada yang menyampah, pelajar ini tak serik nak kongsi bakat... cover lagu Korea akhirnya meletup!

Tambah Najmi yang juga merupakan komposer lagu in,  dia akui gementar memandangkan banyak lagu-lagu baharu dilancarkan oleh rakan artis lain termasuk golongan personaliti media sosial. 

"Memang ada gementar sebab sebelum ini saya banyak bawa lagu-lagu yang perlahan dan tiada unsur raya. Ini adalah lagu raya pertama saya bersama Adrianna. 

"Lagu ini disiapkan tahun lalu untuk penyanyi lain. Namun apabila mendengar kembali rakaman demo, saya rasa ia tidak boleh dilepaskan kepada orang lain. 

Lagu ini juga ibarat kepelbagaian hidangan di hari raya, boleh pilih mana-mana yang suka

NAJMI NIERY

PENYANYI 

"Ketika proses penulisan ia ada sentuhan sendiri dan sebab itu saya mahu nyanyikan lagu ini," jelasnya. 

Dalam masa sama, dia juga sedar peminat kini mula membuat perbandingan apabila berlaku lambakan lagu raya yang sudah mula dilancarkan sejak awal Ramadan. 

Bersedia dengan segala kemungkinan serta perbandingan, Najmi juga merasakan setiap pendengar pasti ada cita rasa tersendiri. 

Najmi dan Adrianna sedia berdepan kritikan di media sosial. 

"Semestinya kami sudah bersedia jika lagu ini dibandingkan dengan karya penyanyi lain. Lagu ini juga ibarat kepelbagaian hidangan di hari raya, boleh pilih mana-mana yang suka," jelasnya. 

Lagu Best Part of Raya merupakan ciptaan Najmi bersama Brendan Lim Seng Meng dan Amanda Gnai Song Hui. 

Ia sudah dilancarkan di semua platform penstriman sejak 5 Mac lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain