suria

Kerap post video sampaikan ada yang menyampah, pelajar ini tak serik nak kongsi bakat... cover lagu Korea akhirnya meletup!

Kata Najmi, dia tak menolak rezeki seandainya dapat masuk ke industri seni dan bergelar penyanyi suatu hari nanti.

BAKAT nyanyian yang dimiliki jejaka ini semakin mendapat perhatian selepas dia muncul dengan cover lagu Still With You nyanyian asal Jungkook dari kumpulan K-Pop BTS.

Sehingga kini, video nyanyian Najmi Niery, 20, yang dikongsi menerusi platform TikTok meraih lebih 64,000 tontonan dan turut dihujani dengan komen berbentuk pujian.

Bercakap kepada mStar, pelajar bidang Seni Bina itu mengakui terkejut dengan penerimaan ramai memandangkan video nyanyian sebelum ini mendapat sambutan biasa-biasa sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu sangat special” - Bob bikin kejutan lagi... video cover lagu dikongsi Melly Goeslaw, jejaka Sarawak rasa nak menjerit macam tarzan!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak didik Amir Jahari akui masih takut nak kongsi video walau ada bakat, tapi respons di TikTok ‘lain macam’ - “Lena sekejap, bangun terkejut tengok views”

"Saya tak sangka video cover lagu ini boleh meletup. Saya sekadar mencuba, sebab saya suka melodinya. Kalau nak ikutkan, saya memang peminat lagu balada Korea dan Indonesia.

"Saya ambil masa dalam satu malam untuk hasilkan cover itu. Bermula pukul 10 malam, kemudiannya pukul 1 pagi saya buat rakaman.

"Saya memang buat secara suka-suka dan tak mengharapkan apa-apa. Tapi bila dapat sambutan, saya rasa usaha selama ini berbaloi.

"Mungkin citarasa orang tempatan suka lagu K-Pop. Ada beberapa lagi lagu Korea yang saya dah rakam, InsyaAllah akan saya kongsi tak lama lagi," ujarnya.

Mesra disapa Najmi, dia yang berkebolehan bermain piano dan gitar mula menyanyi sejak berusia 12 tahun.

najmi2

Najmi minat menyanyi sejak zaman sekolah lagi.

Ketika remaja, dia juga sering membuat persembahan dalam majlis-majlis di sekolah, sekaligus menjadikan minatnya terhadap bidang seni semakin menebal dan mendalam.

"Pada awalnya saya tak pernah terfikir nak menyanyi. Saya hanya minat lakonan dan tarian sehinggalah saya masuk umur 12 tahun.

Ada yang mengata di belakang tanpa pengetahuan, mereka menyampah saya terlalu post banyak video nyanyian.

NAJMI

"Ketika sekolah menengah, minat makin mendalam. Kalau ada event, saya akan join untuk buat persembahan. Saya mula menyanyi di atas pentas ketika tingkatan dua.

"Gitar dan piano pula saya belajar sendiri melalui Google dan YouTube. Sebelum itu saya pernah belajar alat muzik recorder di sekolah," imbasnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Kata Najmi, dia tak menolak rezeki seandainya dapat masuk ke industri seni dan bergelar penyanyi suatu hari nanti.

najmi3

Najmi boleh bermain gitar dan piano.

"Kalau ada rezeki, saya kalau boleh bukan sahaja nak buat persembahan dalam negara, malah nak ke luar negara juga.

"Saya sangat meminati karisma dan suara Anuar Zain. Pada masa sama saya minat Afgan dan Tulus. Kalau ada rezeki, teringin nak berduet dengan Afgan," ujarnya lagi.

Imbas Najmi, dia sebelum ini pernah berkecil hati apabila ada segelintir rakan yang seolah-olah menyampah kerana dia terlalu kerap berkongsi video nyanyian di media sosial.

najmi4

Najmi kini masih belajar dalam bidang Seni Bina.

Namun katanya, dia bangkit demi mengejar minat dan menjadikan segala apa yang berlaku sebagai pembakar semangat untuknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau yang mencaci pasal suara belum ada. Tapi ada yang mengata di belakang tanpa pengetahuan, mereka menyampah saya terlalu post banyak video nyanyian.

"Saya down bila tahu mengenai hal itu tapi saya bangkit balik. Saya cuma nak berterima kasih kepada semua yang sokong saya selama ini.

"Kepada yang meragui saya, saya nak tunjuk kepada mereka bahawa saya boleh mencapai apa yang saya impikan," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain