suria

“Kamu sangat special” - Bob bikin kejutan lagi... video cover lagu dikongsi Melly Goeslaw, jejaka Sarawak rasa nak menjerit macam tarzan!

Bob (kiri) terkejut apabila Melly Goeslaw berkongsi video nyanyiannya menerusi Instagram baru-baru ini.

BAKAT luar biasa jejaka Sarawak ini pernah mendapat liputan mStar pada 23 April lalu.

Pada waktu itu, video Mohammad Haziq Yunus atau lebih dikenali sebagai Bob yang menyanyikan lagu It Will Rain dendangan asal Bruno Mars tular menerusi aplikasi TikTok.

Saban hari, dia mengumpul peminat tersendiri sehinggalah turut mendapat perhatian penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw gara-gara menyanyikan lagunya yang berjudul Cinta, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sorry tak good looking macam orang lain, tapi saya yakin” - Pelajar tak mahu pendam bakat hanya kerana badan besar, video cover lagu Bruno Mars raih pujian

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

"Jujur saya semakin kagum sama Allah yang menciptakan suara begitu indah dan dititipkan kepada kamu.

"Besar sekali harapan saya dapat bertemu langsung dengan manusia special pilihanNya. Kamu sangat special. Dari sebegitu banyak manusia ciptaanNya, dia titipkan suara merdu itu kepada kamu.

"Semoga kita dapat bertemu dan buat sesuatu bersama ya. Salam untuk keluarga, sihat selalu," tulis Melly pada Instagram sambil berkongsi video cover itu.

Bob ketika dihubungi mStar pada Rabu mengakui sukar percaya akan hal itu dan bersyukur apabila bakatnya semakin dikenali ramai.

bob3

Kisah Bob pernah mendapat liputan mStar pada April lalu.

"Saya terkedu, sebab dia seorang legenda Indonesia. Saya dapat tahu dia upload video saya pada waktu malam. Kalau waktu itu siang, mesti saya dah menjerit macam tarzan.

"Macam tak percaya. Saya sekadar buat cover lagu Melly. Tak sangka dia perasan. Saya gembira sangat, selama ini tengok dia dalam televisyen saja.

Melly ada bercakap nak buat recording lagu itu versi saya, itu perancangannya.

BOB

"Ibarat mimpi jadi realiti. Saya memang teringin nak jumpa dengannya secara depan-depan," kata jejaka berusia 21 tahun itu.

Dedah Bob, Melly bukan sahaja membuat posting video nyanyiannya di Insatgram, malah turut menghantar mesej peribadi kepadanya.

Tambahnya lagi, mereka juga merancang sesuatu yang istimewa jika ada kesempatan dan kelapangan waktu kelak.

bob2

Posting Melly di Instagram miliknya.

"Dia direct message (DM) saya. Melly tanya saya tinggal di mana, umur berapa dan sebagainya.

"Melly ada bercakap nak buat recording lagu itu versi saya, itu perancangannya. Tapi tak tahu lagi.

bob5

Kisah Bob yang pernah disiarkan mStar selepas tular video dia menyanyikan lagu Bruno Mars.

"Sejujurnya saya tak jangka ia berlaku. Sebabnya, selepas saya muncul di mStar dulu, saya hanya teruskan buat cover seperti biasa. Tak sangka sampai jadi macam ni," ujarnya lagi.

Kata Bob, titipan kata-kata dari Melly di Instagram ternyata membuatkan dia lebih bersemangat untuk berkarya pada masa akan datang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, Bob turut berterima kasih kepada orang Sarawak, rakyat Malaysia serta Indonesia yang banyak memberi sokongan terhadap video nyanyiannya selama ini.

Dalam temubual sama, Bob turut menzahirkan penghargaan buat rakan-rakan serta ahli keluarga yang banyak memberi sokongan moral buatnya sehingga dia yakin untuk menonjolkan bakatnya di media sosial.

bob4

Bob bersyukur dikelilingi rakan-rakan serta ahli keluarga yang banyak memberi sokongan untuknya.

Pada 23 April lalu, Bob muncul di mStar menerusi segmen viral dan berkongsi kisahnya yang menerima kata-kata kurang menyenangkan kerana berbadan besar.

Namun kata Bob, dia menerima apa yang berlaku dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk terus maju.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain