suria

Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

Posting nyanyian Afiq yang tular di Twitter.

MACAM dalam mimpi, demikian komen seorang netizen mengenai nyanyian seorang jejaka menerusi video yang tular di laman Twitter.

Video Mohamad Afiq Haziq Adnan, 19, yang membuat cover lagu Mimpi dendangan asal kumpulan hip-hop K-Clique menerima lebih 160,000 tontonan di platform media sosial itu.

Bercerita kepada mStar, anak kelahiran Selangor itu mengakui terkejut dengan reaksi luar biasa yang diterimanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai meremang dengar bro ni tarik lagu Haqiem Rusli, akak ‘sibuk’ dengan gayung dan lauk kendurinya tiba-tiba popular!

"Saya mula buat cover dan belajar main gitar sejak usia 14 tahun. Selalu upload video cover di media sosial, tapi yang ini paling mendapat sambutan.

"Mula-mula saya tengok ada kumpulan lain cover lagu tu, jadi saya terfikir untuk buat juga. Ambil masa seminggu juga untuk rakam.

"Pada saya, cover kali ni mungkin viral sebab chord gitar yang saya pakai berunsurkan muzik jazz, lebih santai sampai ada orang kata boleh buat dodoi tidur, jadikan sebagai lullaby," ujarnya sewaktu dihubungi.

Yang ada di Twitter sekarang versi seminit 40 saat sahaja. Ramai komen minta saya post full version. Saya agak sibuk dengan pelajaran, ada masa saya akan hasilkan nanti,

MOHAMAD AFIQ HAZIQ

Selain pujian mengenai suara dan kemampuannya membuat susunan muzik sendiri, netizen turut menggesa agar dia memuat naik versi penuh cover berkenaan.

Kata Afiq, dia yang juga penuntut bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang, Johor, masih belum berkelapangan untuk membuat rakaman penuh.

Paparan skrin posting cover Afiq yang tular.

"Yang ada di Twitter sekarang versi seminit 40 saat sahaja. Ramai komen minta saya post full version.

"Saya agak sibuk dengan pelajaran, ada masa saya akan hasilkan nanti," ujarnya.

Kata Afiq lagi, dia juga tidak menolak rezeki seandainya menerima tawaran untuk menceburi bidang seni.

Antara cover di Instagram Afiq.

Antara artis yang diminatinya termasuklah Anuar Zain, Afghan, Sam Smith dan John Legend.

Dalam pada itu, Afiq turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang menerima baik bakatnya yang dikongsi menerusi media sosial.

"Terima kasih sokong saya. Harapnya teruskan sokong walaupun saya tak menjadi penyanyi," ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain