suria

Di sebalik kuih yang tak banyak terjual, pemuda ini tak sangka rupa-rupanya makcik ni sedang sedih fikir tentang vaksin

Dari membeli baki kuih yang tidak terjual, Mustaqim (gambar kecil) membantu seorang peniaga warga emas mendapatkan janji temu vaksin. Foto kanan peniaga, Andi Indah selepas menerima vaksin.

DARI niat cuma hendak menghabiskan baki jualan seorang peniaga kuih, seorang pemuda membantu pula warga emas itu mendapatkan vaksin Covid-19.

Benarlah kata orang, rezeki tidak salah alamat dan membantu urusan janji temu untuk suntikan vaksin juga salah satu daripadanya.

Berkongsi pengalaman, pemuda berkenaan, Mustaqim Hud berkata, dia berkunjung ke gerai milik wanita berusia 69 tahun itu dekat Kapar di Klang, Selangor, pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Usia 105 tahun, sikit pun tak 'termakan' cakap kawan anti vaksin di kedai kopi... selamat dapat suntikan pertama - "AyahPa kata dia okay"

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah enggan suntik vaksin selepas baca posting media sosial? Jangan melenting, Dr Sakinah beri tip pujuk cara baik - "Kalau mati sebab Covid-19, anak tak boleh urus"

"Saya secara kebetulan lalu di jalan itu untuk membeli barang niaga. Dah dekat tengah hari, tapi makcik tu masih berniaga dan masih banyak kuih lagi.

"Mungkin sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bisnes agak perlahan. Saya sebagai peniaga dapat rasa apa yang makcik tu rasa.

"Alhamdulillah, ada cash lebih di tangan, jadi saya borong semua baki kuih yang ada. Masa tengah membeli itulah makcik buka cerita dia masih belum dapat vaksin," katanya kepada mStar.

Pemuda berusia 22 tahun itu berkata, warga emas itu juga menyuarakan kebimbangannya yang terpaksa mencari rezeki ketika kes Covid-19 masih tinggi terutama di Selangor.

tolong nenek vaksin 1

Mustaqim merupakan peniaga kambing memahami situasi seorang penjual kuih warga emas.

"Sebelum ini makcik tu tak berniaga sebab PKP. Bila dah boleh berniaga, takut nak keluar pula sebab Covid-19 sebab berjumpa ramai pelanggan hari-hari.

"Nenek saya usia lebih kurang makcik tu dah dapat dua dos vaksin. Tapi makcik tu satu dos vaksin pun belum dapat.

"Makcik tu sedih sebab masih tak dapat janji temu. Sepatutnya sebagai warga emas, makcik tu dalam kategori yang perlu diberikan keutamaan," ujarnya yang berasal dari Klang.

Alhamdulillah, ada cash lebih di tangan, jadi saya borong semua baki kuih yang ada. Masa tengah membeli itulah makcik buka cerita dia masih belum dapat vaksin

MUSTAQIM

Bertitik tolak dari membantu dari segi jualan, peniaga kambing itu kemudian memanjangkan situasi yang sedang dialami warga emas itu menerusi story di laman Instagram.

"Saya tanya followers yang boleh bantu dapatkan tarikh janji temu untuk makcik ni. Mungkin makcik tu tak tahu sekarang warga emas di Lembah Klang dah boleh walk-in (hadir secara terus) ke PPV (pusat pemberian vaksin)," katanya.

tolong nenek vaksin 6

Usaha untuk membantu peniaga warga emas mendapatkan vaksin.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, salah seorang pengikutnya, Fatimah merupakan petugas di PPV di TNB Kapar dan sedia membantu menguruskan janji temu warga emas itu.

"Fatimah bukan sahaja sukarela menawarkan diri bantu untuk mendapatkan janji temu buat makcik tu, malah turut mempermudahkan urusan makcik tu di mana NGO (badan bukan kerajaan) menguruskan dari segi pengangkutan dari rumah ke PPV.

"Terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung sehingga membolehkan makcik itu menerima suntikan vaksin pada Rabu.

"Kita kena alert warga emas dan warga berisiko mengenai boleh walk in untuk suntikan vaksin, ia melindung kita, kurang risiko dan salah satu langkah selamatkan nyawa," katanya.

tolong nenek vaksin 2

Peniaga warga emas menunggu giliran di PPV.

Susulan itu, warga emas yang turut menjual nasi lemak itu, Andi Indah Muhd Bakri akhirnya menerima vaksin di PPV TNB Kapar, pagi Rabu, ditemani seorang cucu lelaki berusia 15 tahun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Indah yang menghidap penyakit lutut dan pedih ulu hati itu tidak menyangka akhirnya menerima suntikan dos pertama vaksin selepas menunggu sekian lama.

"Lama makcik tunggu. Seperti orang lain, makcik juga mahu sihat, kurang risiko. Alhamdulillah ada van sukarelawan yang bawa makcik dan cucu ke PPV," ujarnya yang mempunyai seorang anak tunggal dan empat cucu.

tolong nenek vaksin 3 KK

Indah (kir) ditemani cucu di PPV.

Indah yang berniaga di seberang jalan berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sementa di Klang berterima kasih kepada semua yang membantunya dari segi urusan vaksin.

"Terima kasih banyak-banyaklah, makcik gembira sangat. Selepas ini makcik lebih bersemangat untuk mencari rezeki.

"Ikutkan dulu takut-takut juga, tapi lebih yakin selepas dapat vaksin. Bersyukur sangat," katanya yang berpengalaman berniaga lebih tujuh tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain