suria

‘Jelmakan’ lembaga merah, jurufoto guna modal RM50 je... pusing-pusing Shah Alam nampak pokok menakutkan, tak sangka pula ramai seram

Kata Syahmi, photoshoot itu sebenarnya dijalankan sebelum pandemik melanda negara.

SETIAP jurufoto ada cara tersendiri untuk menzahirkan kreativiti mereka.

Begitu juga dengan Muhammad Syahmi Ahmad Hakimi, 26, yang mendapat perhatian ramai gara-gara 'horror potraiture' yang dihasilkannya.

Mesra disapa Syahmi, jurufoto itu turut berkongsi video disebalik tabir photoshoot itu menerusi aplikasi TikTok sehingga ia mencuri perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi pengantin, jurugambar lebih ‘sayangkan’ kamera sebelum minta diselamatkan - “Tak sangka tanah jadi lembut”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 3 tahun jadi jurugambar dah ada syarikat, pemuda nak buat A to Z... lain rasanya lihat pengantin PKPB di pelamin karya sendiri - “Lagi bersemangat nak ambil gambar”

Selain kagum dengan hasil akhir, ada yang turut meluahkan rasa seram dan takut akan kelibat lembaga merah yang dijadikan model dalam photoshoot itu.

"Photoshoot horror itu sebenarnya dibuat sebelum Covid-19 melanda lagi. Pada masa itu saya dan kawan tengah lepak mamak. Saya tertarik dengan gambar yang dilihat di internet.

"Saya cuba study dan ajak kawan shoot esoknya. Bermodalkan RM50, kami beli kain, sarung tangan dan beberapa kelengkapan untuk sesi itu.

"Kami shoot pun dalam 40 minit saja. Kami pusing-pusing di Shah Alam dan nampak ada satu taman. Pokok kat situ nampak agak menakutkan.

"Jadi saya tanya kawan, dia boleh panjat ke? Dia OK, jadi kami terus rakam gambar," ujarnya kepada mStar.

syahmi4

Kata Syahmi, kerjanya banyak terkesan sejak pandemik melanda.

Kata Syahmi, dia berpuas hati dengan gambar-gambar yang dirakam dan sekadar suka-suka berkongsi di media sosial.

Namun katanya, dia tak sangka akan mendapat perhatian ramai, sekaligus membuka ruang agar bakatnya lebih dikenali di platform itu.

Lima ke enam bulan pertama sejak PKP, memang saya 'sakit' pada masa itu.

SYAHMI

Menurut Syahmi, dia yang sudah enam tahun melibatkan diri sebagai jurufoto perkahwinan terjejas teruk selepas Covid-19 melanda negara.

"Kalau dulu, setiap minggu ada shoot. Sebulan dalam 15 ke 16 job. Kemudian bila datang Covid-19, terus totally zero.

"Masa mula-mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lepas, ramai pelanggan saya terpaksa tunda, malah ada yang batalkan perkahwinan.

syahmi2

Hasil photoshoot horror potraiture itu.

"Saya rasa ia sangat menyedihkan. Ada yang dah tunang pun boleh putus. Sebulan saya senyap. Boleh dikatakan lima ke enam bulan pertama sejak PKP, memang saya 'sakit' pada masa itu.

"Saya sedih dan hampir putus asa. Mujur ramai kawan-kawan yang beri sokongan. Saya juga lihat ada rakan photographer terpaksa jual kamera mereka untuk cari makan. Sangat kesian. Saya bersyukur masih dapat bertahan," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kata Syahmi, kelapangan masa sejak PKP banyak dimanfaatkan dengan kerja-kerja penyuntingan dan menghasilkan content berkaitan fotografi menerusi TikTok.

"Masuk bidang ini kena ada passion. Kalau tiada kerja pada waktu Covid-19, kita boleh belajar untuk tingkatkan kemahiran.

syahmi3

Photoshoot ini dilakukan dengan modal serendah RM50 sahaja.

"Saya juga banyak buat editing sekarang sebab tak boleh keluar shoot. Kalau tak dapat keluar jauh, cuba shoot depan rumah. Jangan terus senyap," ujarnya yang menetap di Semenyih, Selangor.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain