suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dipaksa minum air cili, diarah berdiri bogel dalam kelas... Bapa segera lapor polis anak didera guru taska

Mangsa biasanya akan mengalami tekanan mental selepas didera. -Gambar hiasan

SEORANG bapa membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya dipaksa minum air cili oleh seorang guru di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Taman Sri Kluang, Johor.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada pengadu pada Khamis malam, ekoran rasa tidak berpuas hati dengan tindakan melampau yang dipercayai dilakukan oleh guru taska berkenaan terhadap anaknya.

Menurut beliau, insiden menyayat hati itu dipercayai berlaku pada 20 Mei lalu, melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ketika mangsa berada di kawasan dapur taska berkenaan.

"Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan kerana kes masih dalam siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Bahrin berkata, polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang tular menerusi Facebook.

Terdahulu, mangsa didakwa dikenakan pelbagai bentuk hukuman oleh guru terbabit kerana tidak tidur pada waktu rehat petang.

Antara dakwaan yang tular termasuk kanak-kanak itu dipaksa berdiri dalam keadaan bogel di hadapan rakan-rakan lain selain dipakaikan skirt wanita dengan seluarnya dilurutkan hingga ke buku lali.

Guru berkenaan juga dipercayai memberi amaran kepada mangsa serta beberapa kanak-kanak lain supaya tidak memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mereka jika tidak mahu dipukul.

Artikel Lain