suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal hubungi penyewa, pemilik rumah terkejut jumpa mayat reput dibungkus dalam tilam

Kes bunuh merupakan jenayah serius yang memperuntukkan hukuman berat kepada pesalah. -Gambar hiasan

MAYAT dipercayai mangsa bunuh yang sudah meninggal dunia lebih dua minggu ditemukan dalam keadaan dibalut dalam tilam dengan tangan diikat di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga, Melaka Tengah, pada Khamis.

Kejadian itu terbongkar selepas pemilik premis datang ke lokasi untuk membuat pemeriksaan apabila gagal menghubungi penyewanya sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebaik tiba di rumah tersebut, pemilik terhidu bau busuk sebelum menemui satu bungkusan tilam di ruang tamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tempatan 22 tahun maut dipercayai dibunuh, mayat ditemukan berlumuran darah depan kedai makan

"Pemilik kemudian menghubungi pihak polis dan pemeriksaan lanjut menemukan satu mayat yang telah reput, dipercayai sudah meninggal dunia antara dua minggu hingga sebulan," katanya kepada pemberita, pada Jumaat.

Dzulkhairi berkata, keadaan mayat yang sudah mereput menyukarkan proses pengecaman identiti mangsa setakat ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati terdapat elemen jenayah berdasarkan keadaan mangsa serta situasi di dalam rumah berkenaan.

Susulan penemuan itu, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang juga penganggur telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ujarnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan turut mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Tambah beliau, polis percaya mangsa mempunyai kaitan dengan suspek, namun motif kejadian masih dalam siasatan termasuk usaha mengenal pasti identiti sebenar mangsa.

Artikel Lain