suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tempatan 22 tahun maut dipercayai dibunuh, mayat ditemukan berlumuran darah depan kedai makan

Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. -Foto IPD Pontian

SEORANG lelaki ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah berhampiran sebuah premis makanan dan minuman di Pekan Nanas, Pontian, awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar pukul 3.53 pagi.

Susulan laporan diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes tikam wanita dalam kereta berjaya ditahan

Menurut Hadzrat, siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 22 tahun yang mengalami kecederaan serius pada bahagian tangan dan kaki.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis kini sedang giat mengesan individu yang terlibat selain mengenal pasti motif kejadian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Shah Abdul Rasheed di talian 019-7578020 atau menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

Dalam masa sama, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan.

Artikel Lain