suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rayuan bapa diterima Mahkamah Tinggi... Adik Zayn Rayyan akhirnya pulang ke pangkuan keluarga

Zaim diberikan semula hak penjagaan terhadap anak keduanya.

SELEPAS hampir 18 bulan berada di bawah jagaan sementara keluarga dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin akhirnya diserahkan semula kepada bapanya tanpa sebarang syarat atau bon oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Keputusan itu dibuat Hakim Suriyati Hasimah Mohd. Hashim yang membenarkan rayuan dikemukakan Zaim Ikhwan Zahari, 31, bagi membatalkan perintah Mahkamah Majistret untuk membolehkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu kembali ke pangkuan keluarga.

Suriyati dalam penghakimannya berkata, mahkamah memperhalusi hujahan lisan kedua-dua pihak dan semua dokumen yang difailkan sebelum ini.

"Jika pihak responden tidak berpuas hati, rayuan boleh dikemukakan kepada mahkamah ini yang akan menyediakan alasan penghakiman terhadap rayuan itu," katanya.

Prosiding yang berlangsung itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aida Mat Rifin yang bertindak sebagai responden, manakala pihak perayu pula diwakili oleh peguam Lavanesh Haresh Mahadevan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kepada Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara… Ibu bapa hanya boleh lawat seminggu sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Adik ditempatkan di Institusi Kebajikan

Untuk mengimbas kembali rentetan kes ini, Zaim Ikhwan memfailkan rayuan pada 2 Disember tahun lalu bagi membatalkan sebahagian keputusan Mahkamah Majistret di sini, yang mana sebelum ini mengarahkannya untuk memenuhi 14 syarat ketat berserta bon.

Terdahulu, pada 9 Ogos 2024, Mahkamah Majistret Shah Alam memerintahkan hak jagaan sementara adik kepada Zayn Rayyan diserahkan kepada nenek saudaranya.

Keputusan itu dicapai susulan rundingan yang dibuat antara pihak JKM dan peguam keluarga, Nurul Ikrimah Mohd Raya.

Melalui perintah sebelum ini, Zaim dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf dibenarkan melawat anak mereka sekali seminggu dalam tempoh lapan jam.

Sebelum ini, pada 14 Jun tahun sama, kanak-kanak itu ditempatkan di sebuah institusi kebajikan selama dua bulan selepas JKM memperoleh perintah penjagaan sementara daripada Mahkamah Majistret.

Sementara itu, pada 31 Oktober 2025, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira selepas didapati bersalah mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak autistik berkenaan.

Untuk rekod, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 5 Disember 2023 sebelum ditemukan meninggal dunia keesokan harinya.

Artikel Lain