suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut tong gas helium di tapak ekspo meletup, tiga turut tercedera

Anggota bomba bersama pasukan perubatan memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera susulan kejadian letupan tong gas helium di tapak ekspo di Sungai Petani. -Foto Facebook

SEBUAH tong gas helium dilaporkan meletup di tapak ekspo Dataran Jam Besar, Sungai Petani, mengakibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun maut di lokasi kejadian, pada Khamis.

Dalam kejadian tersebut, tiga lagi mangsa dilaporkan cedera iaitu masing-masing berusia 15, 36 dan 49 tahun.

Difahamkan, tong gas helium berkenaan digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan di tapak ekspo terbabit.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada pukul 7.52 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira pukul 8.05 malam dan mendapati berlaku letupan melibatkan sebuah tong gas jenis helium.

"Letupan itu melibatkan satu tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak sehingga menyebabkan empat mangsa terlibat.

"Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala tiga lagi mangsa cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

JBPM Kedah berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Artikel Lain