suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rancangan ‘settle’ luar tak menjadi… Guru jalin hubungan seksual murid Tahun Enam digantung tugas

Di Malaysia, sebarang perlakuan seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan

GURU lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan seksual dengan murid Tahun Enam  dan dikatakan masih bebas mengajar di sebuah sekolah di Johor kini direhatkan daripada tugas serta-merta.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis selain siasatan dalaman diteruskan kementeriannya.

"Siasatan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Guru direhatkan serta-merta. Siasatan dalaman diteruskan.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak kompromi kes gangguan seksual," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Janji nak kahwin apabila usia 18 tahun” - Cikgu amang seksual murid sekolah rendah didakwa cuba selesai kes luar mahkamah

Sementara itu, bekas pendidik, Mohd Fadli Salleh yang mendedahkan perkara itu sebelum ini memaklumkan dia difahamkan Polis Johor akan membuka siasatan terhadap guru tersebut dalam kadar segera.

"Alhamdulillah. Polis Johor umum akan buka kertas siasatan guru yang dikatakan rogol murid Tahun Enam tu.

"Rasanya campur tangan Menteri Besar Johor dan Ahli Parlimen Pasir Gudang ni. Sebab ramai orang tag Yang Berhormat (YB). Terima kasih YB," katanya pada Jumaat.

mStar pada Khamis melaporkan tentang pendedahan Mohd Fadli tentang seorang guru sekolah rendah di Johor yang dikaitkan dengan kes hubungan seksual melibatkan murid Tahun Enam, kini didakwa kembali mengajar seperti biasa di sekolah.

Paling mengejutkan apabila didakwa wujud usaha pihak-pihak tertentu untuk menyembunyikan kes berkenaan termasuk kononnya guru terbabit mahu mengahwini mangsa apabila usianya mencecah 18 tahun.

Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran di Facebook miliknya sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Dakwa Mohd Fadli, pendedahan itu dibuat selepas dia membaca sendiri laporan polis berkaitan kes tersebut yang dikatakan berlaku di Masai, Johor.

 

 

Artikel Lain