suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jantan tu tahu bentuk badan kami!” - Gadis berang ‘roommate’ VC lelaki sambil mandi, sampai terlanjur tayang aurat kawan sebilik

Hidup menyewa sememangnya menuntut sikap bertolak ansur yang tinggi. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis meluahkan rasa kurang senang dan terkilan dengan sikap rakan sebiliknya yang didakwa sering membuat panggilan video bersama beberapa lelaki sehingga mengabaikan privasi penghuni lain di dalam bilik sewa.

Menurut gadis tersebut, rakan sebiliknya itu seakan tidak boleh berenggang dengan telefon pintar apabila sentiasa membawa peranti itu ke mana-mana sahaja, termasuklah ke dalam tandas dan ketika mandi demi meneruskan panggilan video bersama lelaki.

Apa yang mencetuskan kemarahan apabila rakan sebilik tersebut didakwa bertindak melampau dengan mendedahkan aurat serta situasi di dalam bilik mereka kepada orang luar.

Jaga privasi rakan sebilik termasuk aurat mereka. -Gambar hiasan AI

"Aku ada seorang roommate ni perangai teruk. Setiap masa dia nak video call  (VC) dengan lelaki. Lelaki lain-lain pula tu. Sampai pergi tandas, nak mandi pun bawa handphone tu.

"Masa video call tiba-tiba hilang terus tudung, baju dan seluar. Yang sakit hatinya tak jaga aurat orang lain. Jantan-jantan tu sampai sudah tahu bentuk badan aku dengan roommate lagi seorang ni.

"Lelaki yang telefon dia tu siap boleh beritahu ciri-ciri kami seperti putih, badan mantap. Nampak la HD (high definition) betul video call kau tu kan," luah wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"

ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera trauma ‘roommate’ luaran normal, pengotor dan bebal luar biasa! Berak tak ‘flush’, barang orang buat ‘harta’ sendiri

Lebih menyedihkan, pengadu mengakui sudah letih untuk menegur kerana tabiat buruk rakannya itu tetap berulang.

Malah, rakannya juga dikatakan sukar menerima nasihat dengan baik.

"Sudah tegur dia dua hingga tiga kali... lepas tu pandai pula tarik muka. Tolonglah, umur sudah 22 tahun, ambil ijazah pula tu. Cuba ada common sense dan jaga privasi orang lain.

"Ni bakal suami aku tak tengok lagi aku. Senang-senang je kau bagi orang lain tengok aku. Penat la nak tegur tapi tak jalan-jalan ni," luahnya lagi.

  • Roommate kerap video call lelaki sampai abaikan privasi penghuni bilik.
  • Gadis rimas aurat penghuni lain didakwa turut terlihat ketika panggilan video.
  • Pengadu dakwa lelaki di hujung panggilan siap boleh cam bentuk badan penghuni bilik.
  • Sudah beberapa kali ditegur, namun roommate didakwa masih ulang perangai sama.
  • Pengadu terkilan rakannya yang ambil ijazah masih tidak menjaga privasi orang lain.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyarankan supaya perkara itu dilaporkan kepada pihak pengurusan bagi mengelakkan situasi menjadi lebih serius.

Bagaimanapun, pengadu mendakwa aduan yang dibuat sebelum ini tidak membawa sebarang perubahan malah situasi dikatakan semakin menjadi-jadi.

"Sama ada dia yang kena keluar dari bilik ni atau kami semua yang keluar. Makin menjadi-jadi pula sekarang, duduk terkangkang depan kamera," demikian respons pengadu kepada salah satu komen.

Artikel Lain