suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau ambil momen istimewa dia!” - Peniaga nasi lemak ‘disembur’ tak jaga mulut, sibuk canang berita pelanggan hamil

Menjaga batas antara peniaga dan pelanggan adalah penting untuk membina profesionalisme. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN berkongsi berita kehamilan seorang pelanggan tanpa sengaja akhirnya mengundang rasa bersalah yang amat mendalam bagi peniaga nasi lemak ini.

Mana tidaknya, berita itu melarat hingga menjadi kecoh di pejabat pelanggan wanita berkenaan.

Mengimbau kembali detik tersebut, peniaga terbabit mengakui dia pada mulanya berasa teruja dan gembira apabila pelanggan tetapnya itu berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya ketika singgah membeli nasi lemak pada waktu pagi.

Bagaimanapun dia tidak menyangka perbualan santai bersama dua rakan sekerja wanita itu kemudiannya menjadi punca berita sensitif tersebut tersebar luas kepada kakitangan pejabat yang lain.

"Ada berita baik iaitu salah seorang pelanggan saya ni sudah hamil. Saya sangat la gembira untuk dia disebabkan kehamilan itu.

Ramai memilih untuk merahsiakan berita kehamilan pada peringkat awal kandungan. -Gambar hiasan AI

"Kemudian dua orang kawan ofis dia pun singgah dan membeli juga. Saya pun beritahu yang kawan mereka tu sedang hamil.

"Malangnya tengah hari tu dia mesej dan cakap bahawa sudah kecoh dekat satu pejabat, orang dah tahu dia sedang mengandung," ceritanya meluahkan rasa kesal di Threads.

Pelanggan wanita itu dipercayai kurang senang dengan tindakan tersebut memandangkan usia kandungannya masih berada di peringkat awal, dan dia sendiri belum bersedia untuk mengumumkannya secara terbuka.

"Dia macam marah dan persoalkan kenapa saya beritahu dekat orang lain sebab awal lagi (usia kandungan). Dia nak tunggu perut besar dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibuang kerja, wanita hamil buka cerita sedih... Gaji suami tak cukup, tagih simpati jual laksa

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan muda tak reti penat cari rezeki, isteri sarat hamil gigih bantu suami berniaga sampai malam - “Pukul 4 pagi kerja tempat lain”

"Saya memang tak tahu perkara itu. Terus saya minta maaf banyak kali. Tapi pelanggan saya tu tak balas apa-apa pun mesej tu.

"Adoi la, memang itu salah saya ya? Saya memang tak berniat langsung nak buat macam tu," ujarnya yang buntu dengan apa patut dilakukan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat perkara berkaitan kehamilan sepatutnya tidak dikongsi tanpa kebenaran tuan badan.

Malah ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak sensitif memandangkan sesetengah wanita memilih untuk merahsiakan kandungan pada peringkat awal atas faktor peribadi dan emosi.

  • Peniaga nasi lemak kesal berita pelanggan hamil tersebar satu pejabat.
  • Niat kongsi berita gembira bertukar jadi kecoh.
  • Pelanggan kecil hati kandungan masih terlalu awal.
  • Peniaga akui silap, terus mohon maaf.
  • Netizen anggap hal kehamilan bukan untuk dikongsi sebarangan.

"Serabut tau apabila rakan sekerja tahu kita mengandung. Tambahan pula kalau hamil di peringkat awal lepas tu tiba-tiba gugur.

"Kenapa awak rasa layak nak cerita hal orang ya? Tak rasa kepoh? Mesti awak jenis 'pick me' acah mesra dekat semua orang sampai tak reti jaga batas.

"Memang salah, ini common sense. Kalau tuan badan tak cakap sendiri, orang lain pun tak perlu nak sampaikan berita tu dekat semua orang.

"Kau ambil momen istimewa daripada dia. Lepas tu awak tak profesional sebab dia pelanggan awak bukan kawan awak. Memang patut je kalau dia marah," komen beberapa netizen.

Artikel Lain