suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tergamam apabila kain kafan dibuka... Pemandi jenazah kongsi kisah urus mayat lelaki dipandang cela di mata manusia

Pengakhiran seseorang hanya diketahui Allah. -Gambar hiasan

SEORANG pemandi jenazah berkongsi sebuah pengalaman yang cukup menjentik hati ketika dia menguruskan mayat lelaki yang selama hidupnya sering dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Di mata orang kampung, lelaki tersebut dikenali sebagai kaki botol, suka berfoya-foya dan jarang sekali dilihat menunaikan solat di masjid.

Dek kerana gaya hidupnya itu, ramai yang tanpa sedar meletakkan hukum sendiri dan menganggapnya sebagai ahli neraka.

Difahamkan menghembuskan nafas terakhir, suasananya begitu sepi.

Tidak ramai yang hadir menziarahi jenazahnya malah tiada bacaan Yasin kedengaran dan hampir tiada sesiapa pun mahu mendekati arwah.

Pemandi jenazah banyak menyimpan rahsia ketika menguruskan jenazah. -Gambar hiasan

Pemandi jenazah banyak menyimpan rahsia ketika menguruskan jenazah. -Gambar hiasan

“Aku sendiri pada mulanya terdetik dalam hati, macam mana nak urus orang macam ni ya Allah.

“Tapi apabila kain kafan dibuka, aku tergamam. Wajah dia sangat tenang, tak ada bau busuk, kulit dia bersih dan bibirnya seperti sedang tersenyum,” katanya.

Sebagai pemandi jenazah yang sudah biasa melihat pelbagai ragam kematian, beliau mula berasa hairan.

Kebiasaannya individu yang meninggal dunia dalam keadaan bergelumang maksiat sering dikaitkan dengan tanda-tanda yang kurang menyenangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kematian rahsia Allah... Benarkah di mana jasad manusia dicipta, di situ jenazah akan dikebumikan? Ustaz beri penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari tak tidur lepas tengok jenazah kawan, rasa sentiasa diperhatikan! Pemuda ‘terkunci’ di unit forensik, rupanya terkena badi mayat

"Biasanya orang yang mati dalam maksiat ni, ada tanda-tanda pelik. Tapi dia langsung tiada.

'Sampai air mandian dia pun bau wangi. Macam ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan," ceritanya lagi.

Akhirnya misteri kebaikan arwah mula terjawab apabila seorang imam kampung tampil dan berkongsi satu cerita yang cukup mengejutkan tentang sisi rahsia si mati.

“Dia pernah datang mengadu, katanya dia cuba berubah tapi orang tak pernah bagi dia peluang. Setiap malam dia bangun menangis minta Allah terima taubat.

“Dia kata malu nak datang masjid, tapi tak pernah tinggal solat dalam bilik,” katanya.

  • Pemandi jenazah terkejut melihat keadaan tenang dan harum seorang lelaki yang sering dipandang hina.
  • Lelaki itu dikatakan cuba berubah dan menangis memohon taubat setiap malam.
  • Arwah malu ke masjid kerana dihukum masyarakat, namun tetap menunaikan solat sendirian.
  • Seorang warga emas mendedahkan arwah sering bersedekah secara rahsia setiap minggu.
  • Kisah itu menjadi pengajaran agar tidak terlalu cepat menghukum seseorang.

Mendengar rahsia itu, si pemandi jenazah terus terdiam seketika.

Dia akhirnya sedar bahawa insan yang selama ini dihukum dan dicerca manusia sebenarnya sedang berusaha mendekatkan diri kepada Penciptanya.

Kebesaran Allah tidak berhenti di situ. Ketika jenazah dibawa ke liang lahad, alam seakan turut meraikan kepulangan pemuda ini ke rahmatullah.

"Waktu jenazah nak diturunkan, langit mendung tiba-tiba cerah. Burung-burung berkicau. Tanah kubur lembut dan mudah digali.

"Paling buat aku sebak seorang makcik tua datang dan beritahu... dia selalu bagi duit dekat saya setiap minggu. Dia pesan jangan bagitahu sesiapa,” katanya.

Menurut pemandi jenazah tersebut lagi, pengalaman itu mengajarnya supaya tidak terlalu cepat menghukum seseorang kerana hanya Allah mengetahui isi hati dan pengakhiran hidup setiap hamba.

“Dia pergi dalam keadaan tenang, wangi dan bersih. Sedangkan kita yang masih hidup, belum tentu pengakhiran kita seindah dia,” katanya.

Artikel Lain