Lelaki yang bakal berkahwin cenderung melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan. -Gambar hiasan AI
SESIAPA sahaja pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila mengetahui adik-beradik yang membesar bersama sejak kecil, dikhianati pasangan sendiri.Apatah lagi, insiden menyedihkan itu berlaku ketika hubungan sudah memasuki fasa serius dan menghampiri ke jenjang pelamin. Begitulah luahan seorang wanita yang terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir individu tidak serius dalam perhubungan sehingga menyebabkan pasangan mengalami luka emosi.Berkongsi cerita, ujar wanita ini, dia terkejut apabila mengetahui adik lelakinya menangis teresak-esak selepas menyedari diri dikhianati kekasih.Setiap individu perlu menjaga nama baik diri dan pasangannya. -Gambar hiasan AI"Bakal tunang dia tipu hidup-hidup, mereka patutnya bertunang semasa Hari Raya Aidiladha nanti, jadi dia pulun kerja kaw kaw simpan duit kahwin tapi akhirnya dia dapat tahu kekasihnya masuk kelab malam. "Adik aku pegawai dekat Majlis Perbandaran tapi sanggup cari duit lebih dengan buat kerja sambilan khidmat penghantaran," luahnya di Threads.Apa mengejutkan, adiknya turut mendedahkan wanita terbabit telah banyak kali melakukan kesalahan sama.Malah dia turut mengakui peluang diberikan itu bagi mengelakkan keluarga menanggung malu kerana majlis pertunangan hampir dekat.Wanita sedih lihat adik dikhianati kekasih sebelum bertunang.Adiknya menangis selepas tahu teman wanita masuk kelab malam.Lelaki itu sanggup buat kerja sambilan kumpul duit kahwin.Kekasih didakwa sudah banyak kali ulang kesalahan sama.Netizen nasihat batalkan majlis dan cari pasangan lebih baik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Adik aku cakap yang dia dah banyak kali bagi peluang untuk kekasihnya berubah, dia malu majlis lagi dua minggu dan saudara mara semua sudah tahu," tambahnya lagi.Selaku seorang kakak, dia kemudian menasihati adiknya supaya tidak malu sekiranya majlis dibatalkan berikutan kesalahan bukan dari pihaknya.Pada masa sama dia turut menyatakan rumah tangga perlu dibina atas dasar kepercayaan.Susulan itu, dia turut meminta supaya lelaki terbabit memutuskan hubungan mereka meskipun barang hantaran telah siap disediakan.ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun ‘berkepit’ tanpa dugaan, akhirnya putus selepas bertunang... Gadis ini derita alami ‘relapse’ - “Saya meroyan cari bekas tunang”ARTIKEL BERKAITAN: “Saya fikir dia akan jadi imam” - Gadis putus tunang dengan pramugara, hati berkecai dapat tahu bakal suami tidur dengan lelaki lain"Aku cakap dekat dia yang manusia ini kalau khilaf, dia akan buat sekali je tapi kalau banyak kali, memang perangai diri sendiri."Bagi aku tak perlu malu (batalkan majlis) sebab nak dirikan rumah tangga perlukan kepercayaan pada pasangan," tambahnya yang mempunyai pengalaman dengan individu tidak bertanggungjawab.Tegasnya lagi, mereka yang mempunyai komitmen dalam perhubungan sepatutnya tidak boleh bersikap pentingkan diri.Menjengah ke ruangan komen, ramai meminta adik lelakinya memutuskan hubungan dan mencari pasangan setia dan baik."Anggap Allah selamatkan awak sebab aku pernah kena sesuatu yang macam ini selepas dua minggu berkahwin," demikian reaksi netizen.