Golongan wanita masa kini perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri bekerjaya. -Gambar hiasan AI
SEIRING peredaran zaman dan peningkatan kos sara hidup, kebanyakan pasangan suami isteri mengamalkan konsep '50-50' dalam semua perkara berkaitan kewangan keluarga.Namun di sebalik realiti tersebut, masih ada wanita yang memasang impian menjalani kehidupan 'tradisional' iaitu menjadi suri rumah sepenuh masa demi memberi fokus kepada suami dan anak-anak. Turut memasang impian sama, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila hasrat itu tidak dapat direalisasikan."Salah ke kalau nak jadi perempuan tradisional di zaman moden ini? Aku bercita-cita nak jadi suri rumah. Jaga rumah, suami dan anak-anak.Segelintir wanita ingin menjadi suri rumah. -Gambar hiasan AI"Tapi tunang dia tak mahu hidup macam mak ayah kami tapi mahu kami dua-dua menyumbang, bekerja dan keluarkan duit," luahnya di Threads.Menurutnya, meskipun tunangnya enggan mengikut acuan generasi terdahulu, namun dia bersyukur apabila segala keperluan asas seperti tempat tinggal dan makan minum masih akan disediakan."Dia masih nak sediakan makan minum, tempat tinggal dan keperluan asas untuk hidup.Wanita impi jadi suri rumah sepenuh masa selepas kahwin.Tunang mahu konsep kewangan dan komitmen secara 50-50.Lelaki hanya sediakan keperluan asas seperti makan dan tempat tinggal.Perbezaan pandangan buat mereka kerap bergaduh pasal duit.Netizen nasihat bincang hala tuju sebelum berkahwin.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi saya kena kerja untuk keperluan lain seperti barang-barang rumah," tambahnya yang mengakui telah membeli serba sedikit barang rumah dengan konsep perbelanjaan saksama.Meskipun menuruti kemahuan tunangnya, namun pengadu mengakui perbezaan ideologi tersebut menyebabkan hubungan mereka sering dilanda badai.Tidak hanya itu, perselisihan faham berkaitan isu kewangan juga semakin kerap berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah ingin putar masa, kembali bekerja walau dapat suami ‘provider’ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mahukan suami 'provider', jadikan bapa idola dicerca! BF bengang cadangan kongsi komitmen lepas kahwin ditolakMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat dia dan tunangnya perlu mempunyai hala tuju kehidupan yang dipersetujui bagi mengelakkan konflik selepas kahwin.Tidak kurang memintanya memutuskan hubungan supaya tidak terbeban dengan masalah kewangan selepas berkahwin."Perkahwinan adalah seumur hidup, lelaki kalau dah berkira sebelum kahwin, awak akan rasa sakit hati kalau duduk sekali nanti."Bayangkan kalau lepas kahwin nanti, awak hamil sampai tak boleh bekerja... adakah dia akan terima?" antara nasihat warga maya.