Pakaian atau barangan yang hendak disedekahkan kepada orang lain perlulah dalam keadaan bersih dan masih elok. -Gambar hiasan AI
NIAT bersedekah sememangnya satu amalan yang mulia, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan bagi membantu golongan memerlukan.Namun dalam keghairahan bersedekah, ada kalanya si pemberi terlepas pandang sehingga menjadikan orang susah seolah-olah tempat 'melupuskan' barang yang sudah tidak digunakan. Demikian luahan seorang individu yang mengakui sering menerima sumbangan pakaian lusuh daripada pemberi sedekah sehingga menjadi lambakan 'sampah' di rumahnya."Korang rasa valid tak apa aku rasa? Aku ini kira orang susahlah dari dulu, kemudian ramai yang suka sedekah pakaian.Berkongsi rezeki dengan insan memerlukan sememangnya amalan mulia yang dituntut dalam agama Islam. -Gambar hiasan AI"Tapi bila sedekah tu, kadang pakaian sudah lusuh, kuning dan ada kesan kotoran. Bila tak nak, dituduh memilih pula, tak bersyukur."Betul ke aku ni tak bersyukur?" luahnya menerusi satu hantaran di Threads.Menurut individu tersebut, dia biasanya tetap menerima pakaian yang disedekah kerana tidak mahu mengecilkan hati pemberi.Namun akhirnya, pakaian itu hanya dibiarkan bertimbun di rumah kerana tidak digunakan.ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu hati mulia bantu keluarga B40 tak dikenali beli keperluan sekolah... Berhabis RM2,000 demi pendidikan anak orang susahARTIKEL BERKAITAN: “Sekurang-kurangnya RM50” - Dapat duit bulanan dari ayah pemandu lori, gadis B40 pelik ada pelajar guna PTPTN sara keluarga"Sedihlah, kadang dah ambil sebab orang itu macam happy nak bagi kita. Lepas tu tak pakai, jadi berlambak dalam rumah."Memanglah bagi diaorang, ish baju ni elok lagi, boleh pakai. Tapi fikir dulu, pakai baru sekali dua atau sudah berkali-kali."Hujung-hujung, orang susah jadi pusat kitar semula serta pembuangan baju tak terpakai," ujarnya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersetuju sumbangan kepada golongan rentan seharusnya dilakukan dengan lebih berhemah dan penuh empati.Seorang individu yang datang dari keluarga susah luah rasa sedih sering terima sedekah pakaian lusuh.Dia dedah banyak pakaian yang disedekahkan sudah lama, lusuh dan ada kotoran.Dia terpaksa ambil kerana tidak mahu pemberi sedekah kecil hati.Dalam masa yang sama, dia nafi tak bersyukur cuma sekadar luah perasaan.Malah rumahnya dipenuhi timbunan baju lusuh seolah jadi pusat kitar semula.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah ramai berpendapat pakaian untuk tujuan sedekah perlu berada dalam keadaan bersih dan masih sesuai digunakan.Ini bagi membolehkan penerima tidak berasa terhina atau dipandang rendah oleh pemberi. "Valid. Orang susah bukan bermaksud mereka layak baju kotor dan lusuh."Kalau saya tak silap, dalam Islam pun kalau nak memberi atau bersedekah digalakkan untuk beri barang yang baru atau elok," demikian antara komen netizen.