Pihak yang terlibat dalam sesebuah kemalangan perlu mengambil langkah berhati-hati dan mengutamakan prosedur yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan AI
TIDAK semua sikap bertolak ansur akan dibalas dengan kejujuran malah dalam sesetengah situasi, rasa simpati boleh memakan diri sendiri.Itulah pengajaran yang dikongsikan seorang wanita apabila dia terpaksa menanggung sendiri kos membaiki kereta selepas terlibat dalam kemalangan dengan seorang pelajar yang baru mendapat lesen memandu. "Tiba-tiba teringat student yang langgar kereta, lepas tu merayu jangan report polis, minta settle tepi. Baru dapat lesen memandu," tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.Disebabkan berasa kasihan, wanita berkenaan dan suaminya bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu tanpa melibatkan pihak berkuasa.Laporan polis perlu dibuat secepat mungkin bagi melindungi hak masing-masing serta memudahkan urusan tuntutan insurans dan siasatan lanjut. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, keadaan menjadi rumit apabila keluarga pelajar terbabit campur tangan."Lepas itu contact ayah dia untuk deal dengan kami. Paksa kami ke bengkel yang dia recommend, diorang cari spare part second hand untuk ganti," dakwanya.Lebih mengecewakan, keluarga pelajar tersebut dikatakan enggan melunaskan bayaran bengkel selepas kerja pembaikan dilakukan dengan alasan kos dikenakan terlalu mahal.ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu maut terlibat kemalangan, bapa terkenang kisah 7 tahun lepas... Ternyata tragedi langgar monyet masih berbekasARTIKEL BERKAITAN: “Apa pasal lu lari?” - Pemandu Vellfire tendang warga emas empat kali, didakwa jadi punca kemalangan kecilMenurut wanita itu, apabila dia kembali menghubungi pelajar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan, individu terbabit memberi respons yang mengejutkan."Bila confront balik student tu, katanya, dah terlambat kan nak report polis?"Rupanya satu family geng lawyer, ketawakan dan perlekehkan kami. Tengok dekat TikTok bukan main kononnya old money," ujarnya.Akibat kejadian itu, suaminya terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk melunaskan bayaran pembaikan kereta mereka kepada pihak bengkel.Seorang wanita kongsi pengalaman keretanya dilanggar seorang pelajar.Pelajar tersebut dakwa baru dapat lesen dan merayu agar pihaknya tak buat laporan polis.Bapa pelajar tersebut tawar mahu selesaikan kos baiki di bengkel cadangannya.Apa yang kecewa, alat ganti yang digunakan adalah 'second hand' dan bapa pelajar enggan tanggung kos kerana mahal.Suami wanita itu akhirnya terpaksa guna wang sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita berkenaan mengakui masih berasa terkilan sehingga kini sekali pun insiden itu sudah setahun berlalu, lebih-lebih lagi mengenangkan kesulitan kewangan yang perlu ditanggung."Harapnya satu hari nanti kifarah terkena balik dengan family tersebut," ujarnya lagi.Dalam masa sama, dia berharap perkongsiannya dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati apabila berdepan situasi kemalangan jalan raya."Untuk yang belum kena langgar, boleh ambil pengajaran ya. Jangan kesiankan orang sangat," katanya