suria

Anak bongsu maut terlibat kemalangan, bapa terkenang kisah 7 tahun lepas... Ternyata tragedi langgar monyet masih berbekas

Monyet yang berkeliaran dan melintas jalan berisiko dilanggar oleh pemandu. -Gambar hiasan

ISLAM mengajar manusia supaya berbuat baik kepada haiwan kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah yang tidak boleh dizalimi.

Di Thread, seorang wanita tular selepas berkongsi kisah rakannya yang pernah terlanggar seekor monyet ketika sedang memandu.

Selepas tujuh tahun berlalu, dia berkata anak kepada rakannya itu turut terlibat dalam kemalangan jalan raya yang lebih kurang sama.

Haiwan juga merupakan makhluk Allah yang wajar dilayan dengan belas ihsan. -Gambar hiasan

"Kawan saya, dia terlanggar anak monyet masa nak pergi kerja waktu pagi. Ketika tu semua rushing. Dia tengok side mirror.

"Dia nampak ibu monyet tu papah anaknya yang berdarah, dah layu mati sambil tengok kereta kawan saya. Masa tu dia cakap dalam hati... binatang je pun. Jadi dia terus drive.

"Tujuh tahun kemudian, anak bongsu kawan saya mati kena langgar dengan lori," tulis wanita itu.

  • Wanita kongsi cerita rakannya terlanggar seekor anak monyet.
  • Rakannya meneruskan pemanduan dan tidak menghiraukan monyet yang mati.
  • Dia mendakwa anak rakannya berdepan kemalangan sama kira-kira tujuh tahun kemudian.
  • Netizen tegur perkongsian kisah itu kerana dua kejadian berkenaan hanyalah satu kebetulan.

Di ruangan komen, ramai pelayar Thread turut meninggalkan nasihat dan saranan jika seseorang itu terlanggar binatang ketika memandu.

"Kalau terlanggar, betul-betul tak sengaja, kita kena istighfar dan berbisik dalam hati, mohon ampun bersungguh-sungguh.

"Saya faham maksud akak ni. Janganlah kita fikir itu haiwan je. Sekurang-kurangnya turunlah untuk tunjuk rasa simpati kepada mak haiwan tu. Haiwan pun ada perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas terima kifarah di hujung nyawa, berguling-guling mengadu dicakar... Rupanya masa hidup sumbat cili padi dalam buntut kucing

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa terima kifarah lepas sepak kucing bunting... Berubat banyak tempat tapi tak sembuh

"Kena ada rasa empati walaupun tu haiwan je. Dah langgar, mulut kena jaga. Tak turun tak apa. Tapi sekurang-kurangnya minta maaf sebab tak sengaja. Cakap dalam hati, Allah dengar," tulis netizen.

Namun, ada juga yang menegur pemilik hantaran itu kerana didakwa cuba mengaitkan dua kejadian berkenaan yang hanyalah satu kebetulan.

"Mengarut. Kebetulan je tu. Habis tu nak suruh turun bagi bantuan pernafasan dekat anak monyet ke?

"Kalau dia tak pernah langgar binatang dan anak dia mati kena langgar lori, mesti cerita macam ni tak keluar. Kebetulan je tu," tulis netizen lagi.

Artikel Lain