MANUSIA dituntut untuk bersikap ihsan terhadap haiwan kerana ia juga makhluk ciptaan Tuhan.Di Thread, seorang pemuda meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah arwah jirannya yang didakwa pernah menganiayai kucing. Dakwa pemuda itu, warga emas berkenaan meninggal dunia dalam keadaan terseksa, seolah-olah menerima balasan atas perbuatan kejinya.Memberi kucing makan merupakan satu sifat yang mulia. -Gambar hiasan AI"Masa aku kecil dulu, ada seorang nenek rumah sebelah ni, berguling satu rumah sebelum mati. Dia menjerit-jerit cakap kucing cakar dia."Masa hidup, dia pernah patahkan cili padi dan sumbat kat kemaluan kucing betina. Dia marah kucing tu mengawan dan asyik beranak," kongsinya.Di ruangan komen, seorang wanita turut berkongsi kisah individu yang menerima kifarah kerana menganiayai kucing.Pemuda kongsi cerita tentang arwah jirannya yang pernah menyeksa binatang.Dia berkata arwah pernah memasukkan cili padi dalam punggung kucing.Perbuatan itu didorong oleh rasa marah kerana kucing itu kerap beranak.Arwah meninggal dalam keadaan terseksa dan meracau.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cerita arwah abah, ada seorang individu ni kat kampung dulu, dia marah kucing curi ikan. Dia masukkan kucing dalam karung guni, bakar hidup-hidup."Benda hidup dibakar, mestilah melenting kan? Melentingnya ke arah atap daun rumbia rumah orang tu, terus terbakar rumah."Mujur anak isteri dia sempat keluar. Hanya kerana seekor ikan, habis sebuah rumah terbakar," cerita individu itu pula.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa terima kifarah lepas sepak kucing bunting... Berubat banyak tempat tapi tak sembuhARTIKEL BERKAITAN: Buat macam celak... Lelaki conteng muka 2 ekor kucing guna ‘marker pen’ diburu, suara ketawa undang kemarahan ramaiBeberapa lagi pelayar Thread turut berkongsi pesanan meminta orang ramai agar tidak sesekali menganiayai haiwan."Seksa bintang, kalau tak dapat balasan di dunia, tunggu kat akhirat, dalam neraka nanti."Tak faham kenapa nak zalimi haiwan. Mereka sedar tak, bumi kita ni berkongsi dengan makhluk lain," tulis netizen lagi.