DUA pempengaruh media sosial dan usahawan sensasi, Puteri Zarith dan Amyera Zainal akhirnya memilih untuk berdamai selepas tujuh tahun bersengketa.Mengambil keberkatan bulan Ramadan, kedua-duanya sepakat menutup segala episod hitam termasuk kes saman fitnah yang pernah difailkan pada 2019 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Puteri Zarith, faktor usia dan kematangan membuatkan dia tidak lagi mahu memanjangkan permusuhan yang sudah lama berlalu.Puteri Zarith dan Amyera Zainal memilih untuk berdamai selepas tujuh tahun bermasam muka. “Usia kami semakin meningkat dan saya sendiri sudah tidak mahu lagi bermusuh. Lagipun, kisah ini sudah terlalu lama."Dahulu kami berselisih faham sehingga membawa kepada kes saman fitnah. Kami saling menyaman, namun akhirnya mengambil keputusan untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah."Selepas itu hubungan kami masih tidak begitu baik, masing-masing membawa haluan sendiri,"katanya kepada mStar. Puteri Zarith atau nama sebenarnya Puteri Intan Zarith Che Rashdi, 41, berkata, pertemuan semula mereka pada Selasa membuka ruang untuk berbincang secara matang dan menyelesaikan segala salah faham yang masih membelenggu.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah buang semua jauh-jauh” – Puteri Zarith akui hubungan dengan Fazura sudah lama berakhir, tak ambil hati isu video tular bekas suamiARTIKEL BERKAITAN: Syukur hubungan kembali pulih, Kak KM peluk erat Kak Nona... Gugur air mata Normah Damanhuri Dalam masa sama, Puteri Zarith menjelaskan perubahan status hidup mereka sebagai ibu tunggal turut menjadi titik tolak untuk berdamai.“Ketika kami mula mengenali antara satu sama lain dulu, masing-masing masih mempunyai suami. Namun sekarang kami berdua sudah bergelar ibu tunggal."Jadi fokus kami lebih kepada membangunkan perniagaan dan masa depan. Kami mahu saling menyokong, bukan lagi bermusuhan.Kedua-dua usahawan ini mahu fokus mengembangkan empayar perniagaan masing-masing. "Hidup ini singkat. Lebih baik kita lepaskan segala dendam dan teruskan kehidupan dengan perkara yang lebih positif,"katanya.Sementara itu, Amyera Zainal atau nama sebenarnya Fatin Amyera Zainal Abidin, 39, turut berkongsi pandangan sama dan menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai satu fasa pembelajaran dalam kehidupan.“Apa yang berlaku dahulu menjadi pengajaran buat kami. Sekarang kami mahu bergerak ke hadapan dengan lebih matang."Saya tidak mahu terus menyimpan rasa tidak puas hati, begitu juga dengan Puteri,"katanya.