USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Puteri Zarith tampil memberi penjelasan berhubung video tular bekas suaminya, Dr Munzir Shkori yang dikatakan kini rapat dengan pelakon Nur Fazura.
Menurut Puteri, 41, dia tidak tahu menahu tentang hubungan tersebut, namun percaya ia sekadar hubungan persahabatan biasa.
“Hubungan saya dengan bekas suami masih baik. Kami berhubung setiap hari cuma untuk urusan anak-anak, tidak lebih daripada itu,” katanya kepada mStar.

Puteri mendoakan yang terbaik buat bekas suami.
Menurut Puteri, dia berharap video tular bekas suaminya keluar makan dengan Fazura dan rakan-rakan tidak diperbesarkan kerana dia sudah lama ‘move on’ dan tidak mahu menoleh ke belakang.
Katanya lagi, dia juga berharap video itu bukan dibuat-buat untuk menyakitkan hatinya kerana dia sudah lama menutup segala kisah lalu termasuk sudah tidak berkawan dengan aktres itu.
"Saya doakan saja yang terbaik untuk mereka. Kalau boleh, 'move onlah'. Kita ini bukannya muda lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: "Kau je kahwin dengan dia" - Netizen meluat ucapan DJ Sonic buat Fazura, dakwa terlalu 'busybody'
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya gembira bersama Fatima” - Fazura
"Hubungan saya dengan Fazura memang sudah tidak wujud lagi. Saya dah buang dan lepaskan semua jauh-jauh.
“Sebagai orang Islam, saya tidaklah mahu memutuskan silaturahim, tetapi saya tidak mahu bergaduh dan mungkin juga tidak akan berkawan seperti dahulu,” katanya.
Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan Fazura dan Dr Munzir sedang menikmati makan malam bersama rakan-rakan.

Hubungan Puteri (kiri) dan bekas suami (paling kanan) masih baik demi anak-anak.
Video tular itu mendapat perhatian ramai yang mendoakan agar kedua-dua mereka bertemu jodoh.
Untuk rekod, Puteri dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayyan Darwish dan Puteri Medina.
Pasangan ini bagaimanapun bercerai talak satu di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, pada 13 Ogos tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


