suria

Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh model Taiwan, nafi cuba lari... "Saya sentiasa tampil secara sukarela"

Namawee serah diri pada pihak polis pada awal pagi Rabu.

PENGARAH dan penyanyi kontroversi, Namewee, tampil menyerah diri kepada pihak polis awal pagi Rabu bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang dikaitkan dengannya.

Menurut Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 42, dia datang ke ibu negara dari Johor selepas menerima panggilan daripada pihak berkuasa dan menegaskan tidak pernah berniat untuk melarikan diri.

“Saya kini berada di balai polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.

Namawee didakwa terlibat dengan kes pembunuhan Hsieh.

"Saya mahu memberikan jawapan kepada orang ramai dan keluarga mangsa.

"Saya tidak akan lari. Setiap kali polis keluarkan waran tangkap sebelum ini, saya sentiasa tampil secara sukarela,” katanya.

Namewee memberikan kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Pada 4 Oktober, polis memaklumkan mereka gagal mengesan keberadaan Namewee selepas kematian personaliti media sosial dari Taiwan, Hsieh Yun Hsin.

ARTIKEL BERKAITAN: Namewee ditahan di hotel, positif empat jenis dadah... Mengaku tak bersalah atas dua pertuduhan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Taiwan ditemukan mati dalam bilik hotel, polis siasat Namewee

Difahamkan, Hsieh bertemu dengan Namewee di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi membincangkan penggambaran video bersama, namun kemudian ditemukan mati dalam tab mandi di bilik tersebut.

Namewee sebelum ini ditahan polis pada 22 Oktober lalu di hotel sama selepas penemuan sembilan biji pil biru yang disyaki dadah jenis ekstasi. 

Hasil ujian air kencing mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC.

Dia telah didakwa atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah, namun mengaku tidak bersalah. 

Namewee nafi larikan diri daripada pihak berkuasa.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, memaklumkan kematian Hsieh kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, selepas sebelum ini disiasat sebagai kematian mengejut.

Sazalee Adam berkata, Namewee akan direman pada hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain