suria

Nubhan fail tuntutan hadanah, mahu selesai cara baik hak penjagaan anak

Nubhan dan Dr Afifah mahu bincang secara baik hak penjagaan anak-anak mereka.

PENYANYI Nubhan, memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. 

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Mohd Redzuan Ramli, yang memaklumkan tuntutan berkenaan difailkan terhadap isteri Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Tawfek, pada September lalu.

“Hari ini merupakan sebutan pertama bagi kes tuntutan hadanah yang difailkan oleh anak guam saya. 

Nubhan fail tuntutan hadanah pada September lalu.

“Nubhan membuat dua tuntutan, iaitu hak penjagaan penuh secara mutlak dan interim. Butiran lanjut masih dalam kertas klausa yang tidak boleh didedahkan,” katanya kepada media.

Nubhan bagaimanapun tidak hadir kerana difahamkan terlibat urusan kerja. 

Menurut Mohd Redzuan, tuntutan itu melibatkan hak bermalam, lawatan semasa hari raya, urusan ke sekolah dan lain-lain perkara berkaitan penjagaan anak.

Katanya, peguam yang mewakili pihak defendan turut bersetuju untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian secara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan enggan ambil pusing lawak Nabil Ahmad, Sherry Alhadad… Fokus beri persembahan terbaik di GV12

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan ada rumah di Dengkil tanpa pengetahuan isteri, kes cerai tangguh ke 2 Disember

“Ketika ini, tiga anak mereka Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun, berada dalam jagaan ibu, namun tiada sebarang halangan untuk Nubhan berjumpa dengan mereka.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik. Setakat ini, tidak timbul sebarang masalah dalam urusan penjagaan anak,” ujarnya.

Tambah Mohd Redzuan lagi, Nubhan dan isterinya dijangka hadir semula ke mahkamah pada 26 November depan bagi merekodkan persetujuan hasil perbincangan antara kedua-dua pihak.

Nubhan dan Dr Afifah mahu selesai hak penjagaan anak-anak secara baik.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain