suria

[V] Nubhan enggan ambil pusing lawak Nabil Ahmad, Sherry Alhadad… Fokus beri persembahan terbaik di GV12

PENYANYI Nubhan tidak melatah selepas pengacara Gegar Vaganza 12 (GV12), Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad membuat jenaka mengenai situasi rumah tangganya yang sedang menjadi perhatian ramai.

Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, berkata dia hanya fokus terhadap persembahannya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling ketika itu.

Katanya, keutamaan utama adalah memberikan persembahan terbaik kepada penonton.

Nubhan hanya fokus pada persembahannya di GV12.

“Susah saya nak komen sebab perkara itu bergantung kepada penerimaan masing-masing, dan bukan datang daripada saya.

“Saya cuma fokus pada persembahan. Bila berada di atas pentas, otak saya macam dah tak berfungsi. Apa yang mereka berbual di depan itu memang saya tak tahu.

“Saya hanya mahu berikan yang terbaik dalam persembahan saya sahaja,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:Tidak wujud orang ketiga punca cerai, Nubhan mengaku banyak hati perlu dijaga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan perjelas dakwaan miliki rumah lain di Dengkil, ada sebab asingkan diri

Nubhan berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas persembahan minggu pertama GV12 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, pada malam Ahad.

Ditanya sama ada dia terasa hati dengan jenaka tersebut, Nubhan tenang dan memilih untuk tidak ambil pusing perkara berkenaan.

“Saya hanya fikir nak menyanyi dan melayan gementar saya sebelum buat persembahan,” jelasnya.

Nubhan menduduki tangga ketiga pada minggu pertama GV12.

Konflik rumah tangga Nubhan dengan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mula diperkatakan selepas penyanyi itu memfailkan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu. 

Lebih mengejutkan, pasangan itu dikatakan pernah bercerai pada 2017 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah, namun tiada pengesahan lafaz cerai dibuat ketika itu.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain