suria

Impian miliki motosikal mewah jadi kenyataan, Achey terima kejutan daripada isteri dan anak

Achey peluk anak dan isteri selepas terima kejutan.

PELAWAK Achey tidak menyangka impiannya untuk memiliki motosikal mewah akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya, Anne, menghadiahkan sebuah Harley Davidson.

Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya  berkata, idea untuk menghadiahkan motosikal yang dianggarkan bernilai RM150,000 itu adalah daripada anak mereka, Tiara.

"Tiara yang suruh beli motosikal sebab ayah memang suka motor besar. Tergamam Achey bila dapat motosikal idaman dia," katanya dalam satu video yang dimuat naik di Instagram pada Isnin. 

Izzue bantu hantarkan motosikal kepada Achey.

Menerusi video tersebut, pelakon Izzue Islam dilihat menunggang motosikal berkenaan bersama Tiara untuk memberi kejutan kepada Achey.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 39, dilihat begitu terkejut dan teruja menerima hadiah berkenaan sambil memeluk isterinya.

Tambah Anne, suaminya itu sering kali meluahkan hasrat untuk memiliki motosikal berkenaan namun tidak pernah menunaikannya kerana lebih mengutamakan keluarga.

"Alhamdulillah, kejutan menjadi. Ini hadiah untuk insan yang sangat kuat bekerja demi keluarga. Semua sayang dia, tapi dia kadang-kadang tak sayang diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Achey akur kerjaya sendu, kesal dakwaan perguna anak... Tak pernah paksa Tiara berniaga

ARTIKEL BERKAITAN: Tumpang aura anak, air mata Achey gugur beri ucapan ulang tahun Tiara

"Asyik sebut nak Harley Davidson, kita diamkan saja," ujarnya.

Perkongsian Anne di media sosial itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang memuji keprihatinan dan kasih sayang antara mereka.

Untuk rekod, Achey dan isterinya mengambil Tiara sebagai anak angkat selepas kanak-kanak itu dilahirkan pada 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain