PENYANYI Indonesia, Shae mendedahkan dia tidak dapat membawakan lagu hit popular nyanyiannya berjudulSayang pada majlis sidang media atau konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disebabkan terikat dengan isu perundangan yang masih belum selesai.
Menurut Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 31, sudah empat tahun dia tidak menyanyikan lagu berkenaan kerana hal tersebut masih berlarutan hingga kini.
“Saya sedar ramai yang tertanya-tanya memandangkan Sayang itu popular di beberapa negara.

Shae akur tak dapat nyanyi lagu Sayang.
“Sejujurnya sudah empat tahun saya tak menyanyikan lagu itu sebab isu perundangan yang telah lama wujud.
“Saya ada berbincang dengan pihak pengurusan dan jelaskan situasi ini. Saya okay sahaja kerana apa yang penting adalah berikan persembahan terbaik di GV,” katanya kepada mStar.
Shae ditemui selepas selesai konsert minggu pertama GV12 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.
Berkongsi lanjut, Shae mengakui isu tersebut memberi kesan emosi yang mendalam terhadap dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN:Lagu Sayang nyanyian Shae terima Multiple Platinum di Malaysia, komposer Posan Tobing fail saman tuntut RM1.5 juta
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Indonesia, Shae Jalani Rawatan Jiwa Akibat Dikritik Masyarakat
Kata penyanyi itu, dia berasa sedih kerana tidak berpeluang menyanyikan lagu yang melonjakkan namanya dalam industri muzik.
“Perkara ini buatkan saya rasa sedih sebab tak dapat bawakan lagu Sayang. Ia memang beri kesan kepada saya.
“Saya rasa macam karier saya sudah sampai ke penamatnya,” ujarnya.
Ditanya lanjut mengenai punca sebenar tindakan undang-undang dibuat, Shae bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci namun memberi bayangan ia berkait dengan individu tengah yang pernah terlibat dalam pengurusana terbut.

Shae ketika melakukan persembahan di minggu pertama GV12.
“Bukan dengan label, tapi saya boleh katakan perkara ini terjadi kerana orang tengah.
“Saya minta maaf sebab tak boleh berkongsi lebih lanjut. Peguam nasihatkan saya untuk jaga batas bila bercakap tentang hal ini.
“Apapun, saya serahkan segalanya kepada Tuhan kerana ia di luar kuasa saya,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


