KEMUNCULAN penyanyi veteran, Zaiton Sameon di pentas Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada malam Ahad mencetuskan kekeliruan apabila ramai menyangka dia merupakan peserta ke-14 yang menyertai pertandingan tersebut.
Penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu muncul selepas kesemua 13 peserta diperkenalkan, membuatkan penonton di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) bersorak menyambut kemunculannya di pentas itu.
Namun kehadiran Zaiton bukan sebagai peserta, sebaliknya penyanyi jemputan bagi segmen baharu dinamakan ‘Lejen Lanjer’.

Zaiton bawa pulang RM4000.
Menurut pengacara GV12, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, segmen tersebut diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada artis-artis legenda tanah air yang pernah mencipta kegemilangan dalam industri muzik tempatan.
Segmen Lejen Lanjer akan menampilkan penyanyi berbeza setiap minggu dengan menyaksikan Zaiton sebagai tetamu undangan yang pertama.
Tirai GV12 yang dikejutkan dengan persembahan bertenaga Zaiton mendapat tepukan gemuruh penonton, sekali gus membuktikan auranya masih kuat meskipun sudah lama tidak muncul di pentas besar.
ARTIKEL BERKAITAN: Zaiton Sameon buat kejutan, muncul peserta ke-14 Gegar Vaganza 12
ARTIKEL BERKAITAN: Rahmat Ekamatra aktif menyanyi di Johor, sertai GV12 untuk lebih dikenali
GV12 menampilkan 13 peserta bersaing hebat, antaranya Krisya, Mell Sakura, Iskandar Ismail, Shy8, Shae, Korie, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Ruri Repvblik, Nubhan dan Rahmat Ekamantra.
Manakala dua kumpulan yang turut bertanding ialah Freshies dan Mendua.
Malam pembukaan GV12 turut diserikan dengan persembahan daripada tiga finalis Gegar Vaganza 11 iaitu Liza Aziz, Sheila Abdul dan Ning Baizura yang membuka tirai dengan persembahan penuh bertenaga.
Barisan juri tetap pula terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


