suria

Zaiton Sameon buat kejutan, muncul peserta ke-14 Gegar Vaganza 12

Zaiton diumum sebagai peserta ke-14.

PENYANYI Zaiton Sameon diumumkan sebagai peserta ke-14 program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang bersiaran secara langsung dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) pada malam Ahad.

Kehadiran penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu mencuri perhatian ramai sebaik namanya diumumkan selepas barisan 13 peserta lain diperkenalkan terlebih dahulu kepada penonton.

Kejutan tersebut mencetuskan sorakan gemuruh di dewan apabila Zaiton tampil di pentas dengan penuh bersemangat, menandakan ‘comeback’ istimewanya dalam industri seni selepas sekian lama menyepi.

Zaiton masuk ke pentas sambil dipimpin tangan.

Bagaimanapun, kesahihan perkara itu belum dapat dipastikan kerana pihak produksi enggan mengulas lanjut dan hanya meminta agar menunggu sehingga tamat program.

Selain Zaiton, 13 peserta lain yang turut bersaing musim ini ialah Krisya, Mell Sakura, Iskandar Ismail, Shy8, Shae, Korie, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Ruri Repvblik, Nubhan dan Rahmat Ekamantra.

Manakala dua kumpulan yang turut bertanding ialah Freshies dan Mendua.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahmat Ekamatra aktif menyanyi di Johor, sertai GV12 untuk lebih dikenali

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan perjelas dakwaan miliki rumah lain di Dengkil, ada sebab asingkan diri

Malam pembukaan GV12 turut diserikan dengan persembahan daripada tiga finalis Gegar Vaganza 11, iaitu Liza Aziz, Sheila Abdul dan Ning Baizura yang membuka tirai dengan persembahan penuh bertenaga.

Program Gegar Vaganza 12 menyaksikan gandingan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad selaku hos.

Barisan juri tetap pula terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Lain