PELAKON Fattah Amin menunjukkan kemahiran bersilat di hadapan isterinya, Amira Othman sempena majlis persandingan mereka yang berlangsung di Puchong, Selangor pada Ahad.
Ketibaan pasangan pengantin juga disambut meriah apabila berarak menaiki tandu sambil disaksikan ratusan peminat yang hadir.
Fattah dan Amira kemudian menyaksikan persembahan silat sebelum pelakon itu sendiri membuka langkah dan ‘menumbangkan’ beberapa pesilat di hadapan tetamu.

Fattah tunjuk kemahiran bersilat depan Amira.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik seorang pemilik akaun di aplikasi Threads, langkah silat yang dipersembahkan Fattah dikatakan sebagai kejutan khas buat Amira.
“Perkara paling manis, saya baru tahu Fattah sebenarnya buka langkah silat ini memang sebagai kejutan untuk Amira,” tulis pemilik akaun dikenali Nada Aerika.
Lebih menarik, video yang dikongsikan itu menarik perhatian ramai terutama peminat yang memuji gerak silat Fattah.
ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak buat video sedih ‘tunang’ dah kahwin… Erma Fatima sebak lepas tengok Fattah, Amira bersanding
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
“Bangga bapa mentua tengok menantu pandai bersilat.
“Pandangan sebagai seorang perempuan, lelaki nampak seksi kalau pandai berlawan. Maskulin gitu.
“Rasa macam nak tengok filem silat lepas ini. Fattah and Amira tolong bersatu dalam filem silat.
“Awak kan ‘Pendekar Awang’. Mantap,” komen netizen

Antara komen yang ditinggalkan netizen.
Difahamkan majlis resepsi ketiga itu diadakan untuk meraikan peminat Fattah dan Amira yang ingin melihat momen bahagia artis kesayangan mereka.
Sebelum ini, Amira dan Fattah selamat disatukan pada 14 September lalu dalam majlis tertutup penuh indah di sebuah resort mewah di Sepang.
Kemudian pasangan itu mengadakan majlis resepsi di Johor dan Kuala Lumpur dengan dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


