PELAKON Sweet Qismina belum bercadang untuk mendapatkan zuriat melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bersama suaminya, pelakon Adam Lee.
Sweet, 28, berkata usia perkahwinan mereka masih muda dan dia tidak tergesa-gesa untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya tak pernah terfikir nak buat apa-apa rawatan. Perkahwinan saya baru tiga tahun dan rasa masih terlalu awal.

Usia perkahwinan Adam dan Sweet baru tiga tahun.
"Saya pun masih muda dan lebih baik follow the flow. Kalau ada rezeki, adalah, sebab semua itu kerja Allah,” katanya kepada mStar.
Sweet berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Menurut Sweet, dia dan suami tetap bahagia biarpun belum dikurniakan zuriat dan tidak menolak sekiranya menimang anak dalam masa terdekat.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ini trofi dan watak besar pertama saya” - Sweet Qismina
ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali, Sweet Qismina genggam trofi Pelakon Terbaik FFM34 menerusi filem Babah
“Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Mana tahu selepas ini Allah bagi rezeki zuriat pula.
“Apapun, saya dan suami tak pernah rasa tertekan. Keluarga pun tak pernah paksa kami dapatkan anak cepat.
“Kami sangat bersyukur sebab keluarga selalu beri semangat dan doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Adam dan Sweet tiada tekanan dapatkan anak.
Sebelum ini, media melaporkan Adam, 30, turut tidak merancang untuk menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan cahaya mata.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


