suria

Qi Razali, Sweet Qismina genggam trofi Pelakon Terbaik FFM34 menerusi filem Babah

Qi (kiri) dan Sweet memenangi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik FFM34.

LAKONAN mantap dalam filem Babah membawa tuah kepada pelakon Qi Razali dan Sweet Qismina apabila masing-masing diumumkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung pada malam Sabtu.

Terkejut dengan kemenangan itu, Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 48, dalam ucapannya berkata, dia  tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya selepas hampir tiga dekad bergiat dalam dunia lakonan.

"Syukur Alhamdulillah.  Kemenangan ini untuk bapa-bapa di luar sana. Anda insan yang hebat.

Sweet sebak selepas diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM34.

“Terima kasih kepada arwah bapa yang menyokong saya selama ini. Saya harap sudah membuat anda bangga. Tidak dilupakan terima kasih kepada isteri saya,” katanya.

Kemenangan itu sekali gus memewaskan empat saingan lain iaitu Sharnaaz Ahamd (Blood Brothers: Bara Naga), Beto Kusyairy (Reversi),Aeril Zafrel (Laknat) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee).

Sementara itu, Sweet,28, yang gagal menahan air mata meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan produksi Babah kerana sudi memilihnya membintangi filem itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Saingan sengit, siapa bakal genggam trofi Pelakon Terbaik FFM34?

ARTIKEL BERKAITAN: Antara Blood Brothers, Babah, Reversi, Takluk dan Soloz, siapa bakal rangkul Filem Terbaik FFM34?

"Terima kasih kepada famili saya dalam filem Babah kerana sudi terima saya berlakon.

“Tidak dilupakan kepada mak saya yang sentiasa ada dari saya kecil hingga sekarang. Kejayaan ini adalah untuk anda,” katanya.

Kemenangan tersebut menbuatkan Sweet berjaya mengalahkan empat persaing lain iaitu Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofia Jane (Mencari Ramlee), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu) dan Maya Karin (Telaga Suriram).

Pemenang kesemua 27 kategori dipertandingkan itu bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas akan menerima RM10,000 beserta trofi.

FFM34 yang menggandingkan Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai hos disiarkan secara langsung dari Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri, pada malam Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain